SEKADAR RENUNGAN..
50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah
1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Jumaat, 31 Oktober 2014
50 tanda orang munafiq
Sentap!tunang
SENTAP !! "Tunang?" “Saya dah tunang. Tapi tunang saya selalu sangat call, tanya khabar, chatting bagai dengan saya. Actually, macamana pertunangan dalam islam, dan apa batas-batasnya? Dan, kalau kita nak kahwin dengan seseorang misalnya, macamana kita nak KENAL dia kalau kita tak ikhtilat dengan dia? Mohon pencerahan….” 1) Actually, HUKUM ASAL ‘sesebuah pertunangan’ itu di kira sah, ialah apabila kita cakap pada seseorang yang kita ingin berkahwin dengan dia, dan orang tersebut setuju. Manakala, ADAT pula ialah perlu cincin, majlis pertunangan yang di persetujui oleh kedua-dua belah family dan yang kita sedia maklum. 2) Jika kita lihat, kenapa hukum asalnya begitu, kerana, orang zaman islam dahulu kala, zaman sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin, mereka di didik untuk menyatakan HAJAT untuk berkahwin dengan seseorang adalah apabila dia BETUL-BETUL BERSEDIA untuk berkahwin. 3) Namun, zaman sekarang, lagi-lagi di Malaysia, ramai orang salah gunakan perkara ini. Ramai remaja dan belia dan mengucapkan kata-kata: “Aku nak jadikan kau sebagai isteri…” “Aku nak kahwin dengan kau…” Dan sebagainya, sedangkan, dia belum BERSEDIA langsung untuk memikul tanggungjawab ini! Hatta, start umur seawal form 3, dah pandai sebut bab nak kahwin ni. Dan, sememangnya, pertunangan itu di kira! Bermakna, jika ada orang lain yang nak kahwin dengan tunang kita itu, di kira HARAM sebab telah di cop. Dan perempuan tu tak boleh berkahwin dengan orang lain selagi tak putuskan pertunangan. 4)Tapi, masalahnya ialah, hari ni, berapa ramai LELAKI yang MENYEKSA WANITA dengan mengatakan “Aku nak jadikan kau isteri”, sedangkan dia tak prepare langsung, lepas tu, bertahun-tahun and then putus couple, putus cinta bagai, and then cari orang lain. Apakah?! Sebab tu, ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan hanya suka-suka! Saya ulang: "Ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan hanya suka-suka! Dosa!" Bak kata Ibn Qayyim: “Orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta!!!” 5) Atas sebab itulah, bagi saya, pada zaman yang penuh dengan fitnah ini, dalam isu pertunangan, kita MESTI MENGIKUT ADAT (mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak, berjumpa dengan family kedua-dua belah pihak, berkenalan dengan keluarga, adakan majlis rasmi yang menjaga batas syarak, dan yang sama waktu dengannya. Kerana, ia lebih terhindar dari fitnah, sekaligus membela MARUAH seorang wanita, dan menjaga perasaan dan kehormatan seorang wanita! Sebab sekarang, ramai yang menggunakan alasan tunang untuk buat maksiat!!!! 6) Manakala dalam proses sebelum bertunang dan sebelum berkahwin misalnya, di sunatkan untuk kedua-dua belah pihak untuk BERTAARUF(berkenalan), dan di kendalikan oleh orang tengah agar tak berlaku fitnah. Ketika bertaaruf, bertaaruflah sepuas-puasnya. Ketika itu, seorang laki di sunatkan untuk pandang wajah dan tapak tangan wanita yang ingin dia nak kahwin. Dan, jika pertunangan telah di jalankan, maka sepanjang bertunang, peliharalah adab-adab seperti yang berikut: -Banyak berhubung dengan mak ayah orang yang kita ingin berkahwin, supaya dapat eratkan sillaturrahim dan memudahkan proses nak rapat dengan keluarganya. -Kurangkan persembangan kosong dengan tunang kita. Sekadar untuk MEMENUHI HAJAT seperti bincang tarikh kahwin, kos hantaran, isu keluarga, dan yang sama waktu dengannya. Seeloknya di handle oleh orang tengah. Kerana, sekarang, dah beribu KES orang yang tunang, tak sempat kahwin tapi dah berzina. Saya dah dapat banyak soalan dalam inbox berkaitan isu macam ni. Sembang kosong dan sengaja sembang tanpa keperluan, dosa.
#kopipaste
Rabu, 29 Oktober 2014
Renungan masa tua
"RENUNGAN MASA TUA"TAZKIRAH PAGI KHAMIS" oleh( DAUD AYAH NGAH)
1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !
4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.
6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.
7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 😊
🌴Aku berdoa.. Ya اَللّهُ :
💓 Muliakanlah yang membaca pesan ini
💓 Lapangkanlah hatinya
💓 Bahagiakanlah keluarganya, dan
💓 Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
💓 Mudahkan segala urusannya
💓 Kabulkan cita-citanya
💓 Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
💓 Jauhkan dari segala Musibah
💓 Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
💓 Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
📝Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
👍📝 kirimkan semula doa ini agar kita sentiasa saling mendoakan.
Lirik masa by amat
Lirik-azizi
Tajuk-masa
Tahun 2014
Masa-
Adakah masa lagi untuk ku merindu
Adakah masa lagi untuk ku cinta mu
Berikan masa lagi untuk ku menunggu
Berikan masa lagi untuk ku buktikan
Cinta mu...uhhh huuu...
Adakah engkau tahu ku selalu merindu
Bayang-bayang wajah mu selalu mengganggu
Adakah engkau tahu ku memang cinta mu
Cinta ini satu hanya untuk mu...
Kasih ku...uhhh huuu huuu...
Semalam ku bermimpi..
Kau hadir di dalam tidur ku,
Bangunku tersenyum..
Bila terkenang senyuman mu itu...
Jujur kata kan.ku cinta padamu
Jujur kata kan.ku sangat merindu
Indah hidup ku adanya kamu
indah hidup ku besama kamu,
Ohhh.,.
Walau sakit ku tunggu..
Walau sakit ku tunggu..
Masa buy amat: http://youtu.be/1nkhT09sqjs
Selasa, 28 Oktober 2014
Tak ada apa dapat aku lakukan
Asalammualaikum....
Hari demi hari ,jam minit saat..kaki ini masih lagi mampu bergerak dan berdiri.dengan kudrat yang aku ada.aku tak pernah lelah sampai la sekarang..
Terlantar keseorangan di sini.merayu kesakitan,lesu badan ku.pucat wajah ku.kering bibir ku.perlukan sedikit air.akan tertapi aku tidak terdaya untuk gerak kan tangan.walaupun sedikit.hanya mengalirkan air mata.dan menyeru nama mu ya allah..
28,11,2014-
Jam 9 mlm-trip muar..dari rumah mula rasa lain macam.pening loya tapi aku masih tidak endah kan.aku memaksa badan ini untuk terus kan perjalanan.kejam nya perasaan ini..hanya kerana cita2 untuk memiliki sesuatu aku tegar musnah kan badan sendiri.
Hujan makin lebat di sini.perasaan pelik mula menghantui.seakan-akan aku telah lupa kan segala nya.dan hanya debaran aku rasakan..aku melihat sekeliling.semua nya.ibarat menjadi perlahan..berhenti di hentian seremban.memeluk tubuh yg kesejukan ini ..'awak saya sakit'dengan nada yang perlahan aku ucap kan'adakah dia dengar seruan ku'tersenyum dengan lesu..beberapa minit sahaja aku telah hanyut di dalam tidur,jam 2 aku tersedar..nyata harapan terus menyinar.allah tidak akan uji hamba nya melebihi kemampuan hambanya..aku kuat kan semangat.bangun..pergi ke petronas beli penadol dan segala ubat.dengan tidak bermaya.aku berjalan serta selesema yang membuat kan aku sesak.mata terus berair..hujan masih renyai aku hanya guna kan tangan melindungi kepala ku..ini cuma kesusahan sementara..mungkin tiada siapa akan pedulik bila melihat aku masa to...
Masa berjalan dengan pantas ..aku harus buat keputusan..kerana amanah telah aku tawar kan .aku melalui dua simpang yang menyakitkan antara nak atau taknak...dari awal bos dah ingat kan kalau tak boleh tak apa.tapi dengan ego aku.aku buat jugak.kerana nak mencapai cita2 itu.namun diri sendiri yang merana.kerana dengan sikap yang memaksa diri sendiri..'duit boleh di cari bila2 masa,tapi kesihatan kita tidak boleh menjamin kan apa2'
'Langit aku pernah lelah untuk mengapai mu.tapi tidak kali ini'
Ahad, 26 Oktober 2014
Pondok pak ya kesah benar
Asalammualaikum.
Kesah benar ini amat menyayat hati.jika kita ketahuinya.kesah2 yang menggugurkan air mata serta keinsafan,
GUAR CEMPEDAK: Tragedi kebakaran yang menggemparkan negara, 25 tahun lalu di di Padang Lumat, Kedah masih terpahat di sanubari mereka yang melaluinya.
Kebakaran Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 itu mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 pelajar sekolah itu terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis dan jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya".
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar mengenai kisah duka ini tetapi yang pastinya ia tidak mungkin dapat dilupakan kalangan ahli keluarga mangsa yang terkorban tambahan pula mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dengan peristiwa hitam itu.
Menyedari hakikat itu, Astro telah menayangkan sebuah telefilem berjudul 'Pondok Pak Ya' arahan Wan Hasliza berdasarkan kisah benar yang berlaku itu.
Telefilem ini juga memuatkan beberapa fakta mengenai kebakaran sekolah tersebut dan anak saudara kepada salah seorang mangsa kejadian turut berlakon dengan memegang watak ibu saudaranya.
Bagi memperingati tragedi 25 tahun lalu itu, sekumpulan sukarelawan daripada kelab Kindness bersama 27 shuhadah mengedarkan tasbih kepada pelajar-pelajar bertujuan menggalakkan mereka untuk berzikir serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad SAW.
Menurut Pengarah Projek Kindness cawangan Pulau Pinang, Rasselan Kasiman menerusi program yang di beri nama "kineutas tasbih beri seribu makna" ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta dan kasih kepada agama Islam dan tanggungjawab ini seharusnya dipikul semua pihak.
Pada program itu mereka telah menyumbangkan kira-kira 750 utas tasbih dan 150 buah buku doa dan zikir untuk di edarkan kepada setiap pelajar sekolah terbabit.
Katanya Kindness membeli sejumlah tasbih buku doa terbabit menerusi hasil wang kutipan daripada ahli-ahlinya tanpa meminta sumbangan daripada mana-mana pihak.
"Selepas saya tengok telemovie pondok Pak Ya jadi terus terbuka hati nak buat dekat sini lah..di tv..daripada situ saya cuba buka peluang untuk orang ramai siapa nak bagi sumbangan tasbih..pada mula nya saya hanya sasar 200 tasbih tapi Alhamdulillah saya dapat 750 tasbih," katanya.
Sehubungan itu pihak sekolah juga berharap lebih ramai individu atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain datang memberi sumbangan kerana sekolah tersebut memerlukan lebih banyak sumbangan terutama kemudahan untuk belajar seperti buku doa dan zikir.
"Harapan kita pihak sekolah berharap supaya lebih ramai lagi pihak pihak memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam pelbagai aspek sama ada kewangan bantuan lain yang diperlukan di sekolah," kata Aza Mohd Noh yang merupakan salah seorang guru sekolah tersebut.
Sementara itu, bagi pelajar walaupun sumbangan ini hanya seutas tasbih namun impaknya terlalu bermakna buat mereka dalam mengenang kembali tragedi yang meragut nyawa para-para syuhadah di tanah tempat mereka mengejar ilmu baik duniawi mahupun akhirat.
"Saya nak ucap terima kasih pada pasukan 27 syuhada kerana sudi datang ke sekolah kami yang memberi satu tasbih kepada kami walaupun kita dapat satu saja tasbih tu tapi kegunaan dia banyak sangat dan memberi manfaat dia, tasbih tu insyAllah kami amalkan selepas solat fardhu dan ataupun dimana saja dengan mengunakan tasbih tu kami boleh sedekahkan zikir-zikir kami, al fatihah kami kepada orang yang telah meningal dunia," kata Nurul Hawana Abdullah
Bagi Ketua Pelajar sekolah tersebut, Mohamad Amar Jaafar, biarpun sumbangan tasbih itu kecil tetapi ia tetap memberi kebaikan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.
"Seutas tasbih walaupun benda tu kecil tapi kebaikan ada sebab apa benda benda yang baik ini ada kebaikan dia dan akan dapat ganjaran yang Allah janjikan, kalau ada kawan atau sahabat kita atau saudara kita terima benda ini dia beramal dengan benda tu, dia beramal sampai dia tua ada anak pun pahala dia bagi kat orang lain akan berterusan sebab benda ni sedekah," katanya.
Dalam pada itu pihak sekolah juga turut membawa wakil daripada Kindness bersama-sama pelajar menziarahi kubur para 27 syuhada di tanah perkuburan batu 16, Padang Lumat, Yan.
Pondok Pak Ya: Tragedi Tragis 22/9/89
Nama Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah bukanlah sesuatu yang asing bagiku. Aku akan melintasi kawasan sekolah ini setiap kali pulang ke rumah keluarga angkat di Jeniang, Sik. Lebih dikenali dengan gelaran Pondok Pak Ya, sekolah yang terletak cuma 4 batu jauhnya dari sekolahku (SMA Nahdzah) ini pernah aku kunjungi beberapa kali. Terletak di batu 16 Padang Lumat, Pondok Pak Ya juga seperti Pondok Pak Man (SMA Nahdzah) yang menjadi pilihan ibu bapa di sekitar Kedah bagi menghantar anak-anak mendalami ilmu agama.
Sejarah penubuhan bermula pada tahun 1910-an oleh Tn. Hj Hussain Nasir atau lebih dikenali sebagai Tn. Hussain Kedah al-Banjari sebelum dikelola oleh Tuan Guru Hj Yahaya Junaid (Pak Ya Junid) dan dirasmikan pada tahun 1942.
Selama hampir satu abad berdiri megah menongkati perjuangan menyebarkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi,siapa menyangka bahawa di sebalik namanya yang harum, ada satu tragedi ngeri yang sehingga kini diingat dan dikenang bukan sahaja oleh pelajar dan bekas pelajar Pondok Pak Ya, tetapi juga oleh seluruh penduduk Kedah amnya.
Peristiwa kebakaran asrama puteri pada 22 September 1989, satu tragedi yang meragut nyawa 27 orang puteri dalam sekelip mata. Dalam api yang menjulang, tiada siapa yang mengetahui sekuat mana teriakan dan tangis mereka, berusaha untuk menyelamatkan diri dan satu sama lain. Masih ada goresan pilu di hati mereka yang turut sama merasakan nyalaan api membara, 22 September pada 22 tahun yang lalu. Hingga hari ini, peristiwa ngeri itu masih dalam ingatan seluruh warga Pondok Pak Ya. Malah hingga hari ini, masih ada ibu yang menanggung rindu, ayah yang menangis pilu, sahabat yang hilang teman dan guru yang hilang pelajar harapan.
Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan |
Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa |
Suasana di tapak kebakaran |
Serpihan anggota badan mangsa....ALLAHUAKBAR |
Keratan akhbar berkenaan tragedi ngeri 22/9/89 |
27 puteri, syuhada' yang dikenang, sehingga sekarang nama mereka terus abadi dalam lipatan sejarah sebuah Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah. Di pusara mereka yang mengharum, terkubur bersama impian dan harapan yang kini menjadi doa yang dititipkan saban waktu.
![]() | ||
Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah, bt 16 Padang Lumat |
Usaha murni pihak pentadbiran Pondok Pak Ya bersama alumni sekolah mengadakan majlis memperingati tragedi ini, di samping menziarahi keluarga mangsa-mangsa kebakaran amat wajar diberikan penghargaan.
Al-Fatihah buat 27 Syuhada'...
Khamis, 23 Oktober 2014
Rabu, 22 Oktober 2014
Aku Kembali
Asalammualaikum.
Seperti mana berlaku cerita nya tetap sama..kepuncak kebahagian semakin gelap jalan untuk bersama.bukan kah sudah di permudah kan segala urusan.ni lah cabaran dan ujian dalam kehidupan. Hari demi hari aku terasa senang dan gembira.perkara paling aku takut adalah kehilangan nye.tetapi aku sedah cinta adalah pengorbanan.dan itu aku sanggup jika dapat melihat dia lebih berhak bahagia walau pun bukan dengan ku.
Dahulu nya aku telah meninggal kan nya.sekarang aku mencari nya.betul ke cara ku.?dia ada tidak ke mana.tapi kali ini dia mcam terpaksa untuk besama ku.adakah aku yang memaksanya atau pun dia sengaja supaya tidak mahu ada yang terluka..luka yang lama tidak sembuh lagi.tertapi datang luka yang baru..hati hanya untuk sandiwara?bukan kah kejujuran yang di perlu kan untuk mengubat luka itu..persoalan terlalu banyak di dalam fikiran.membuat kan langkah ku terhenti seketika.cinta yang aku harap.mungkin tidak akan datang..malah di jaga hanya untuk tujuan..menjaga luka lama yang belum sembuh.
Aku kembali kerana tersedah dengan teguran ilahi.dia telah memberi aku jawapan untuk semua persoalan yang aku tak tahu jawapan nya dulu.ckup lama aku kendong hati ini besama cinta mu..aq sedar siapa aku..indah itu sementara.tpi pahit itu tetap kekal di sni.setiap minit.saat dn hari.aq menunggu berita dan jawapn mu.supaya dapat menuruskan langkah ini ke arah yg benar2 hujud tidak la cuma impian yg tidak nyata..
Kau berdiam.senyap seribu erti..aku mungkin tlah bergitu memaksa mu .kau tidak senyum.tertapi terpaksa melakukn nya.untuk menjga hati..kau pun mengharap kn smua ini mimpi.tetapi nyata ini bukan ilusi.aq ada di sni..bukan kah aku cuma bersama bayang2 mu? Bukan kah aku hanya tepuk sebelah tangan?
Aku mula bertanya soalan2 yg kau tidak ingin dgar.ini lah sikap ku yg membuat kan kau terus menjauhi aku.aku amat menyedari..kau tidak bahagia besama ku..
Aku terbaca di hati langit..
Masa
Tonton "Masa buy amat" di YouTube - Masa buy amat: http://youtu.be/1nkhT09sqjs
Tajuk-masa
Ciptaan-azizi
Lagu ini di ilham kan dripa a,n,a. Ad kesah nya..zaman skolah.
Jumaat, 17 Oktober 2014
Patah tumbuh hilang tak berganti
Asalammualaikum..
Restu air mata ini mengalir kita menulis..sebak dan pilu makin terasa jika memikirkan nye.jiwa yang tenang hampir tidak tenang.seolah-olah baru sekejap tadi kita berjenaka..kegembiraan itu tidak lama..dan kepahitan itu tidak tunggu..cinta?seseorang yang jatuh cinta ,otak nya akan mengeluarkan pelbagai2 sel2 emosi..terutamanya bahagia.
Jika tidak dapat mengawalnye maka akan hancur lah cinta kerana kebahagian..
Ku belari dengan bayang-bayang ku sendiri..aku cuma gembira dengan diri aku dan bukan nye dia.tapi aku tidak sedar tentang nya..aku mahu kan kejujuran tapi aq tak pernah jujur kat diri aku..aku mahu keiklasan tpi aq x pernah tahu mcm mana iklas to..menyendiri dan terus berfikir..
Termenung jauh aku di sini menjadi sunyi bila cipta nya lagu sulong ku.aku memerhati dan menanges sambil kertawa kan diri sendiri..cinta tidak lagi terlaksana.tapi hati sanga. Memaksa.aku cuma aku.dan aku azizi.cuma sebuah cerita..
Khamis, 16 Oktober 2014
Ujian
Asalammualaikum.
Biru-dalam perjalan ke kuala lumpur..jam 9 pagi.tersangat awal.hari ini aku keluar dari johor..udara masih nyaman untuk di hirup.matahari pun panas2 suam lagi..kesakitan ini membuat kan aku merasa aku baru hidup..lesu badan ni.aku berdiam kan diri..di sana aku akan sentiasa melihat keindahan ciptaan allah yang sempurna.kehijauan gunung2.serba warna warni bunga2.awan2 yg cantik berarak.yang utama.langit kebiruan yang sangat luas..hati-kalau lah aku boleh gapai langit tu...aku merasa kan angin2 yang bertiup sayu..huuu sedap nye..terasa..walau pun badan tidak lagi kuat..aku masih gembira kerana masih berpeluang untuk bernafas dan melihat suasana yang indah ini.syukur ku ucap kan..
Perjalanan malam tadi.ibarat aku berperang dengan kematian..kesakitan yang ku rasa.allah je yang tahu.aku tidak faham.apa yang berlaku.segala nya menjadi kucar kacir ketika itu.aku menelan beberapa bijik ubat yang telah di berikan oleh dokter..sebelum ini tidak pernah terjadi seperti ini.aku merasa gentar akan nya..
Terbaring aku di tempat yang sempit ini..berpeluk tubuh .aircord dah di buka .badan masih berpeluh..gelisan yang datang menjadi kan ku tidak tentu hala di sini..pandangan ku makin kabur..air mata mengalir tanda berdosa.aku tidak lepas dari amal kan surah2 di al,quran..terdesak nya aku.sehingga lah aku terlena..
Berfikir.terlalu banyak.membuat kan aku terjatuh.aku tidak tahu dan tidak faham dengan apa yang aku fikirkan...cuma merindui kan nya..
Isnin, 13 Oktober 2014
Langit
Langit versi full buy amat: http://youtu.be/OIiCz6MPSBA
Lagu-langit
Ciptaan-azizi
Lagu ini di kisahkan oleh azizi sendiri di antara peristiwa dan kenangan nye besama seorang gadis yang di gelar langit.kehidpun semakin rumit jika kejujuran di ungkaikan.
Lirik matahari-hafiz
Lirik Lagu Matahari - Hafiz AF7
Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam
Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini
Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami
Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami
Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu
Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami
Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami
Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu
Ahad, 12 Oktober 2014
Langit
Asalammualaikum.
Setelah beberapa minggu mencipta sebuah lirik lagu..yng bertajukkan langit..hari ini telah di sempurna kan.tinggal ingin kemas kan musik and not lagu tersebut.
Tajuk-Langit-
Ciptaan-azizi hussin
Lirik-azizi
Vokalis-azizi
Join us-make up studio klang.
Lagu ini di ilham kan oleh seseorang .berminggu mencipta di dalam perjalan ke johor ..emosi di perlu kn di dalam lagu.setiap tulisan memberi cerita yang mengesah kan kenangan lama azizi apabila dia berkenan dengan seorang gadis yang di gelar langit..dia terlalu mendesak si langit untuk besamanye.akhir nya kesilapan itu membuat kn dia kecewa dan menjadi seorang perindu yang setia.
Harapan terlalu tinggi.penantian adalah satu penyeksaan.hanya lagu sampai kan nye.biar lah lirik berbicara itu lah aku dan sebuah cerita..
Tiada apa lagi perlu di bicara kan melain rasa hati yang bergitu pilu bila menerima semua yang berlaku.dia datang tidak ku duga..
'ku lihat langit,jauh di sana' lirik dari lagu tersebut.iya menyatakan cerita pertama nya.bila dia mengenal wanita itu..dan memberi nama nya'langit' sebp dia terasa tenang.sebap langit sentiasa trbentang luas.mcm gadis tersbut kemana2 dia pergi wajah gadis trsbut ada dimana2..luas terbentang.
'dah bertahun lama,ku merenung langit itu'
Cukup lama dia perhati.kan nya.dia bahagia bila wanita itu bahagia.walau pun bukn dia org yg besama wanita itu...
Cinta itu rumit..lagu hanya singkatan bagi semua story.lirik yang memberi maksud yang mendalam.cukup memberi kesan kepada khdupn seharian.mungkin akan di perluaskan lagu ini besama fikiran yang positiv..
sekian.
Sabtu, 11 Oktober 2014
Adat resam perkahwinan melayu
Asalammualaikum.
Adat resam kahwin Melayu merupakan antara adat resam yang paling penting dan dipegang teguh oleh kebanyakan orangMelayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Sebagaimana mana-mana kaum, ia memerlukan perbelanjaan yang agak besar, dan terdapat segolongan yang berbelanja melebihi pendapatan dan terpaksa menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuan ini.
Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat
Peringkat pertama
Merisik atau menengok
Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umuruntuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Biasanya calon dipilih bedasarkan keturunan, pendidikan ugama, kecantikan, dan hubungan kekeluargaan. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagi pihak lelaki, ibu bapa mungkin menyenaraikan beberapa calon untuk dipilih, dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya. Bagaimanapun, kini sebilangan orang Melayu khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka.
Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu."
Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca al-Quran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk jugakenal huruf dalam bahasa Melayu.
Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik[perlu rujukan]. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.
Meminang atau bertunang
Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan merangkumi orang-orang lelaki.
Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu biasa pada hari ini, adat menghantar tanda mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jika upacara melangsungkan perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan. Tanda itu biasanya adalah dalam bentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya bergantung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarungatau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya.
Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan. Penerimaan cincin dan hadiah-hadiah iringan secara tradisi bermaksud penerimaan syarat-syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak:
Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.
Inilah adat yang telah diikuti oleh orang-orang Melayu sejak dari zaman silam. Terdapat juga dua cara pertunangan yang lain selain daripada cara yang tersebut di atas, iaitu:
Pertunangan antara dua buah keluarga yang amat rapat atau bersaudara tanpa cincin pertunangan atau persetujuan bertulis ketika anak-anak mereka masih bayi ataukanak-kanak lagi.Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehendak salah seorang mendiang ibu bapa (baik secara lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis). Cara ini amat dihormati oleh orang-orang Melayu.
Menghantar belanja dan akad
Pada zaman silam, istiadat menghantar mas kahwin dan belanja perkahwinan diadakan sehari atau dua (kekadang lebih lama) sebelum upacara akad, tetapi kini diadakan bersama-sama, mungkin untuk mengurangkan perbelanjaan. Selain daripada mas kahwin dan belanja perkahwinan tersebut, barang-barang yang berikut juga dihantar:
cincin yang bertatahkan batu permatakain sutera yang mencukupi untuk menjahit sehelai baju perempuandua helai sarung suteraberaneka jenis kuihberaneka jenis buah-buahanpuan (mangkuk sirih) atau kotak sirih yang dilengkapi dengan bahan-bahan (ini bukannya hadiah tetapi akan dipulangkan)satu atau dua buah cerek air mawar yang diperbuat daripada logam perak atau loyang(juga akan dipulangkan).
Kesemua barang tersebut mengiringi perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Untuk upacara akad, pengantin lelaki pada zaman silam memakai pakaian haji atau pakaian bangsa Melayu yang mudah. Upacara akad sebenarnya adalah satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh agama Islam dan undang-undang untukmenghalalkan perkahwinan. Upacara-upacara amal yang lain hanya merupakan keperluan adat resam.
Pada ketibaan perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, anggota-anggota perarakan disambut masuk ke rumah. Pengantin lelaki berduduk di atas sehelai tikar sila di bahagian utama ibu rumah, berdekatan imam. Barang-barang yang dibawanya dibariskan di tengah ibu rumah antara dua baris tetamu yang berduduk, dengan wang belanja, cincin, serta puan di hadapan baris.
Imam kemudian memilih dua orang wakil daripada tetamu-tetamu untuk menerima dan menyemak hantaran, serta untuk menjadi saksi kepada upacara akad nikah. Selepas barang-barang itu disemak dan diterima oleh imam bagi pihak ibu bapa pengantin perempuan, kesemua barang itu, kecuali puan serta cerek air mawar dan dulang bunga rampai (jika disediakan), dihantar kepada kaum perempuan. Imam kemudian mendaftarkan nama pengantin lelaki ke dalam sebuah buku, dan selepas kemasukan itu ditandatangani oleh pengantin lelaki serta kedua-dua saksi tersebut, imam akan membaca upacara perkahwinan dalambahasa Arab (bagaimanapun, pada hari ini, sebilangan besar imam Melayu yang bersikap wajar membaca upacara dalam bahasa yang difahami oleh pengantin lelaki dan para hadirin). Pada akhir upacara, imam memegang tangan kanan pengantin lelaki dan mengisytiharkan kenyataan akad kepadanya, mula-mulanya dalam bahasa Arab (tidak wajib) dan kemudian dalam bahasa Melayu:
"... bin ..., aku nikahkan dikau dengan ... binti ... yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..."
Adat resam mengizinkan mas kahwin dihutang dengan tarikh pembayarannya tidak disebut. Oleh itu, imam akan menambahkan perkataan "berhutang" atau "tunai" sejurus selepas menyatakan jumlah mas kahwin dalam kenyataan akadnya. Imam kemudian berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebagai tanda untuknya menjawab tanpa teragak-agak atau kesilapan:
"Aku terima nikahnya ... binti ... dengan mas kahwinnya $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..."
Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan tidak teragak-agak serta dengan jelas kepada mereka yang duduk berdekatannya, khususnya oleh kedua-dua saksi, jadi upacara akad dikira sah.
Selepas upacara akad, pengantin lelaki akan berjabat tangan dengan semua tetamu, bermula dengan imam dan bapa mertuanya, jika dia menghadiri majlis itu. Pengantin lelaki diiringi balik ke rumahnya dan tetamu-tetamu, baik lelaki mahupun perempuan, dihidangkan dengan jamuan yang terdiri daripada kari dannasi minyak.
Pada waktu yang sama, majlis pengantin perempuan akan menyediakan nasi pengantin dan menghantarnya kepada pengantin lelaki di rumahnya. Pengantin lelaki akan menjemput beberapa kawan yang paling rapat untuk bersarapan bersama-sama.
Peringkat keduaSunting
Berandam dan berasah gigi
Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan didahi serta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan "emak pengantin" (bukan ibu sebenar).
Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi mengamalkan adat ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin perempuan ke kedai solek yang banyak terdapat di semua bandar diMalaysia. Walaupun demikian, di kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang mematuhi peribahasa, "Biar mati anak, jangan mati adat".
Selepas berandam, pengantin perempuan akan mandi dengan air sintuk-limau yang dianggap secara tradisi sebagai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin perempuan.
Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai.
Istiadat berinai
Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat:
Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Kaedah yang dihuraikan di bahagian Berinai besar dipatuhi.Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi.Berinai besar.
Istiadat berinai besar
Ketika pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan dalam pakaian pengantin, dia didudukkan di atas pelamin yang terletak di hadapan sekumpulan tetamu (kebanyakannya wanita), saudara rapat, jiran, dan kawan keluarga pengantin perempuan. Di hadapan pengantin lelaki terletak sebuah dulang berkekaki yang besar yang mengandungi tiga buah pinggan, bersama-sama beberapa tangkai daun wangi. Pinggan-pinggan itu masing-masing mengandunginasi kunyit, bertih, dan air daun setawar kisar. Di tengah dulang itu terletak selonggok pes inai.
Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin, satu demi satu, untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Perbuatan yang sama kemudian dilakukan dengan bertih. Ini diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan cara yang tepat sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membacadoa selamat. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi.
Kenduri berinai besar adalah jauh lebih besar, berbanding dengan kenduri berinai curi dan kenduri berinai kecil. Selain itu, pengantin lelaki tidak terlibat dalam istiadat berinai di rumah pengantin perempuan bagi isitiadat berinai curi dan berinai kecil. Sesetengah pengantin lelaki Melayu pada zaman silam juga menjalankan istiadat berinai di rumah sendiri tetapi istiadat ini tidak lagi dijalankan.
Peringkat ketigaSunting
Bersanding
Rencana utama: Bersanding
Mandi limau
Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada zaman silam. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak pengantin akan menanyakan bukti yang konkrit daripada pengantin lelaki tentang keperawanan pengantin perempuannya. Mengikut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna putih yang memberikan bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian akan menunjukkan sapu tangan itu mula-mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan dan kemudian yang paling penting sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada zaman silam, bukti tentang keperawanan pengantin perempuan adalah amat penting kepada orang Islam umumnya. Penyerahan bukti sebelum istidat mandi limau adalah wajib dan amat penting sehingga ketiadaan bukti hampir selalu menimbulkan masalah yang seringnya mengakibatkan perceraian serta-merta.
Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah memuaskan diri tentang kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan dijalankan. Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua keluarga. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di bawa turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada memercikkan air sintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.
Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ke bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak pengantin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak baladan buang geruh. Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan menyimpannya.
Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama sekali oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Melayu.
Sambut-menyambut
Pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Semasa ini, suami dan ibu bapa mertua akan membawanya membuat kunjungan pertama ke rumah mereka. Di rumah suaminya, mereka akan menjalankan istiadat bersanding sekali lagi, jika ibu bapa mertuanya merupakan orang berada. Lagi sebuah kenduri yang terdiri daripada beratus-ratus tetamu akan diadakan. Kekadangnya, hiburan sepanjang siang dan malam yang terdiri daripada muzik dan tarian tempatan akan diadakan untuk menghibur isteri yang baru ini. Istiadat yang diadakan di rumah pengantin lelaki kekadang lebih besar daripada istiadat bersanding di rumah pengantin perempuan, tetapi kenduri-kenduri perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan biasanya adalah lebih banyak dan lebih mewah daripada kenduri-kenduri yang diadakan di rumah pengantin lelaki.
Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari, isteri baru itu yang diiringi oleh suami dan ibu bapa mertuanya akan kembali ke rumah perempuan untuk mendiami sekurang-kurangnya beberapa bulan. Pada kepulangannya ini, sebuah kenduri yang kecil akan diadakan.
Inilah dia huraian secara ringkas tentang adat resam kahwin Melayu.
Jumaat, 10 Oktober 2014
Hati ini
Asalammualaikum.
Waktu terus berjalan..masih menghias gelap dan terang.suka,duka.tangis dan tawa.terukir bagai lukisan.
Andainye ku rapuh dalam langkah ini..gapai tangan ku.selamat knku..ingatan demi ingatan.yg tersirat dan tersurat.semakin hari semkin jauh langkah ku.aku kehendakkan yang terbaik dalm hidup namun.ak tidk memkir apa yang terbaik untuk dirinya..aku sangat berdosa telah mengjud kan ramai orang baru2 ini dengan berita ini..lagi2 dia..ini puncanya aku kehilangan nya.buat kali ke 2..rebah aku di kaki katil sebentar..hanya nama mu yaallah akan ku seru kali ini..air mata terus mengalir.keperitan yang di tahan selama ini.akhirnya dpt ku lepaskan dengan sempurna.niat ku kerana mu ya allah.kau telah beri bnyk petunjuk kepada ku.sedar kan ku.jika tiada cinta ku pada nye.mati kan cinta ku pada mu ya allah..
Peliharalah dia..besama hati2 yang suci..aku memohon kepada mu..beri lah kebhgian kepada nya.aku sgup di tepi ini.walau hanya skadar menumpang senyuman untk nya..cara aku telah salah.mengagal kan aku kali ini,bertapa teruk nya aku di malam ini.jika kau membri plihan.aku mahu kan.kematian..ketenagan..sungguh aku bersujud pada mu..terlalu banyk kesah yang gelap bagi aku.cukup sekali dia pergi.cukup meninggal kan kesan pada ku..harap tidak kali ini..bahagia itu cuma sementara..ambil lah masa...aku akan menyndiri.skali lagi.
Tips semula jadi.
Asalammualaiakum.
Siapa yang tidak mahu cantik secara semulajadi dan tidak perlu make up yang tebal untuk nampak menarik.
Semua itu boleh dimiliki tanpa perlu pembedahan kosmetik. Buat rugi duit jer operate sana sini. Mari kita cuba amalkan petua orang lama.
Antara petua orang-orang lama untuk cantik secara semulajadi.
1. Ambil air embun pagi kemudian selawat 3 kali dan sapukan ke muka dari bawah ke atas.
2. Gunakan pucuk jambu muka sebagai scrub muka. Ambil pucuk muda,gosokkan pada tangan bertujuan untuk menghancurkan kemudian sapu pada muka dan leher. Biarkan beberapa minit setelah itu basuh dengan air sejuk. Boleh buat ketika mandi.
3. Gunakan putih telur sebagai masker dan untuk buang white head dan black head.Caranya,asingkan putih telur dan kuning telur kemudian titiskan limau nipis. Gunakan kapas muka yang berbentuk empat segi ataupun tisu. Celupkan pada telur tadi kemudian tampalkan pada hidung dan sekitar hidung. Nak tampal satu muka pun boleh :D. Tunggu sehingga kering dan kemudian tarik kapas atau tisu tadi perlahan-lahan, anda akan nampak white head dan black head melekat padanya. Basuh muka macam biasa. Amalkan seminggu sekali atau bila perlu.
4. Minum segelas air masak sebaik sahaja bangun pagi. Air amat penting untuk tubuh badan kita, dengan minum air sebaik bangun akan memudahkan kita membuang segala toksin didalam badan.
5. Yang paling best dan mudah, air wuduk mampu membuat wajah disinari nur. Dengan kata lain rajin-rajin la sembahyang. :D
6. Gunakan uncang teh, bagi peminat air teh uncangnya masih boleh digunakan. Ambil uncang yang telah digunakan tadi, perah sedikit supaya tidak terlalu berair kemudian tekap pada jerawat. Selepas 10 minit basuh muka. Amalkan sebelum tidur insya allah jerawat akan kecut.
7. Untuk mendapatkan kulit cerah dan licin, ambil sebiji limau nipis kemudian belah dua. Gosokkan pada muka semasa mandi, nak gosok satu badan pun boleh. Amalkan seminggu 2 kali insya allah kulit akan cerah dan licin.
8. Bagi menghilangkan parut jerawat boleh cuba amalkan petua ini. Ambil sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Pakai macam bedak sejuk biasa, setelah kering basuh macam biasa. Ada satu lagi petua untuk hilangkan jerawat, gunakan air kelapa. Sapukan ke wajah dan tunggu sehingga kering kemudian basuh.
9. Untuk menegangkan kulit muka boleh gunakan timun. Caranya, sagat sebiji timun kemudian campurkan tepung ubi kayu serta sedikit air. Gaulkan sehingga sebati. Bila bancuhan sudah likat seperti masker sapukan pada wajah dan dibiarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah sehingga bersih. Amalkan seminggu sekali.
10. Bagi kulit berkedut, boleh amalkan insya allah ada kesannya. Ambil sebatang lobak merah kemudian parut dan dicampurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung serta sebiji kuning telur. Gaul sehingga sebati apabila sudah likat seperti masker, sapu pada muka dan dibiarkan kering. Amalkan 3 kali seminggu. Kunyit juga dapat mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perahkan untuk dapatkan airnya. Minum air kunyit setiap pagi, amalkan secara berselang seli.
11. Untuk melebatkan bulu kening atau bulu mata, ambi; daun lidah buaya dan dibelah bagi mengambil lendirnya. Kemudian lendir tersebut disapu pada bulu kening atau bulu mata.
12. Bagi melebatkan rambut pula, sama juga guna daun lidah buaya dan dibelah bagi mendapatkan lendirnya. Basahkan rambut dengan air suam kemudian sapu lendir pada rambut dan picit kulit kepala supaya khasiat lidah buaya meresap ke akar rambut. Biar selama 15 minit sebelum dibilas.
13. Segarkan muka dengan masker epal. Selalu guna timun sekarang kita guna epal pula. Ambil sebiji epal dikupas kulitnya kemudian direbus sehingga lembut. Kemudian lecekkan epal tersebut dengan garfu dan dibiarkan sejuk sedikit. Setelah itu tambahkan 5 sudu teh madu dan dikacau sehingga sebati. Sapukan pada muka sebatian tadi dan dibiarkan selama 10 minit kemudian bilas dengan air biasa.
Petua-petua diatas adalah usaha kita, insya allah dengan izin Allah ada kesannya.
Disamping itu 6 perkara ini mesti dijaga juga:
1. Jaga pemakanan - Makan makanan yang berkhasiat, ambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Ikut piramid makanan. Elakkan makanan berminyak supaya jerawat tidak menjengah.
2. Minum air putih - Minum sekurang-kurang 8 gelas sehari supaya badan sentiasa hidrasi dan dapat membuang toksin dengan berkesan.
3. Bersenam - Dengan bersenam badan akan menjadi lebih segar dan peredaran darah akan menjadi lancar. Wajah akan menjadi lebih berseri-seri.
4. Cuci muka sebelum tidur - Jika seharian pakai make up tak kan tidur pun nak bermake up juga kan. Cuci muka supaya segala kotoran dibuang dan membolehkan kulit bernafas dengan selesa.
5. Tidur yang cukup - Bak kata omputihBeauty Sleep, tidur yang cukup membolehkan badan berehat dan mengelakkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.
6. Lindungi kulit daripada matahari - Sinaran matahari sekarang tidak seperti dahulu, sinaran UV sangat tinggi. Sila pakai krim pelindungan kulit daripada sinaran UV setiap kali keluar rumah.
Jgan lupa cuba ye.
Khamis, 9 Oktober 2014
Calon isteri garang
Asalammualaikum,
Sebelum pi ke masjid untuk solat jumaat.
Aku nak kongsi sikit benda ni.sebap terbaca at fb tadi.so jom.
Aku banyak terbaca post2 yang mengatakan perempuan garang ni nanti bila kawin manja.. jeng, jeng , jeng.. ye ke??? Tuk kepastian aku pun selak la blog2 orang lain. Ramai juga yang mengatakan perempuan garang merupakan calon isteri terbaik.
Pernah tak dengar satu cerita ni, "Minah brutel vs Mat Jiwang". Best, aku suka. Ada benarnya juga.KADANG-KADANG perempuan garang ni untuk menjaga maruah diri sendiri. Aku akui, kadang-kadang tu geram juga dengan lelaki ni, pantang cakap kuat sikit, mesti cakap : "amboi garangnye,, alah kak cik janganla marah,,," ada aku kisah..Dulu aku terfikir juga, apa sal la aku ni garang sangat. Nnti kang tak de plak yang nak kan aku. Andatur la aku. Itu dulu la. Tapi alhamdulilah, ada juga kelebihan perempuan garang ni. Aku tulis tajuk ni pun sebab aku pun garang. Lalalalala..hakhak
Mana yang tak baca lagi cerita ni , aku kasi di sini, walaupun panjang, best tau :D
MAMAT JIWANG versus MINAH BRUTAL
Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)
Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)
Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pakcik makcik..
Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : Sso what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)
Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)
Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)
Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..
Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)
Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..
Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)
(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)
(MALAM PERTAMA)
Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….
~*~ Perempuan yang garang luarannya sebenarnye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu…~*~
Jawatan kosong
JAWATAN KOSONG sektor awam
(KEMENTERIAN PERTAHANAN)
KELAYAKAN:
1. Kelulusan SPM/SPMV/STPM/Diploma/Ijazah/Sarjana/Master
2. Gaji pokok : RM1800-3400
3. Elaun bulanan
(Cola, ITP & Khid. Awam) RM450
4. Elaun penginapan RM300
5. Elaun Shif RM 300
6. Elaun Uniform RM780
7. Elaun Dobi (bulanan) RM200
8. Percuma kursus mempertahankan diri
(tae kwon do, judo, karate do,muay thai,wushu & silambam)
9. Percuma kursus bahasa (mandarin, jepun, korea,;thai dan inggeris (2 pilihan sahaja)
10. Kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)
*Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan
dikehendaki membawa kad pengenalan diri,sijil berkaitan(spm/spmv/diploma/ijazah)serta 3 keping gambar berukuran passport di Jabatan Pertahanan yang berhampiran.
Syarat-syarat kelayakan:
Umur 17-28 tahun sahaja.
Ketinggian minima 165cm. (L)
Ketinggian minima 156cm. (M) Bebas dari pengaruh dadah & kes polis
Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (Full Gear) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.
JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN:
1. POWER RANGERS (100 kekosongan)
2. KAMEN RIDERS (100 kekosongan)
3. ULTRAMAN (150 kekosongan)
4. POWER PUFF GIRL (Wanita sahaja)
5. AVENGERS (115 kekosongan)
6. KLUANG MAN (terbuka untuk rakyat Johor)
7. CICAK MAN (Melayu sahaja)
n
8. BATMAN (1 kekosongan)
9. SPIDERMAN (1 kekosongan)
Kesah benar
Kisah Misteri Tingkat 13 KLCC. Ini ada suatu kisah misteri yang berlaku di tingkat 13 KLCC, dikatakan kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC. Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor. Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya. Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat. Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ……… dan segera
berkata …….. “Maaf ya… saya kentut…abang jangan marah ya ?”... lallalalallalala.... Hehe
Buruk baik kawen muda?
Asalammualaikum.
Setelah terlalu banyak membaca.buku2 di dalam akbar so saya paham dalam kosep kawen muda ni..terlalubanyak perlu di ambil kira.baik dan buruk.setelah di kaji,saya dapat sedikit info.so jom kongsi.
Feomena kahwin awal bukanlah sesuatu yang janggal di negara kita. Ia berlaku sejak zaman nenek moyang kita lagi. Mereka berkahwin pada usia muda, iaitu pada umur bawah 18 tahun.
Pada zaman pasca moden ini juga masih terdapat golongan yang berkahwin awal. Ada yang berkahwin selepas habis zaman sekolah. Pasangan yang berkahwin pada usia dari linkungan 20-25 tahun juga boleh dikategorikan sebagai kahwin awal.
Apa perspektif masyarakat termasuk anda tentang kahwin awal? Andakah masih relevan pada zaman kini yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi? Cukup yakinkah anda kepada pasangan yang berkahwin muda?
Di sini kami singkap serba sedikit pro dan kontra berkahwin pada usia muda. Antaranya ialah:
KEBAIKAN KAHWIN DI USIA MUDA
1) Mengelak Dari Berlaku Seks Bebas
Bagi golongan remaja yang sudah melepasi 18 tahun, kebiasaannya nafsu mereka mudah teransang dan membuak-buak. Apabila berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita, perasaan sayang dan nafsu akan mula timbul.
Mereka akan keluar berjalan beriringan jalan bersama, menonton wayang, berbalas mesej hingga lewat malam yang boleh menjerumus ke arah maksiat.
Jika mereka sudah tertarik antara satu sama lain, seelok-eloknya eloklah dilangsungkan perkahwinan supaya tidak berlaku perkara yang tidak didendang, antaranya anak luar nikah, pembuangan bayi dan kahwin lari.
2) Berubah Menjadi Lebih Bertanggungjawab
Jika ketika bujang dahulu, segala usaha dan hidup kita lebih terarah kepada kita sahaja. Kepada yang datang dari keluarga berada, mungkin segala keperluan dan kemudahan sudah disediakan oleh ibu bapa anda untuk anda.
Apabila anda dan pasangan anda sudah menjengah ke alam perkahwinan, kini anda berkongsi hidup dengan pasangan anda. Adalah cabaran besar bagi yang menetap di kota metropolitan yang memerlukan kos hidup yang kita.
Ia juga akan mendatangkan cabaran yang lebih besar bagi anda dan pasangan anda yang masih belajar. Pada siang hari, anda perlu pergi ke kuliah, kemudian kemungkinan pada waktu malam anda perlu pergi ke kerja sambilan dan masa yang sama meluangkan masa dengan isteri anda.
Apabila anda dan pasangan anda mempunyai anak sendiri juga memerlukan kos yang tinggi, kerana barang-barang keperluan bayi adah tinggi harganya.
Jadi apabila berlakunya situasi ini, anda dan pasangan anda mula menjadi lebih bertanggungjawab dan berusaha kerasa untuk menyara hidup anda sekeluarga. Tiada lagi masa lagi untuk berfoya-foya dan melepak bersama rakan anda.
Perkara yang baik ini jika tidak diterima secara positif, ia akan menjadi satu tekanan pada remaja yang telah berkahwin.
3) Diri Berubah Ke Arah Kebaikan
Menjadi lumrah bagi pada sesiapa yang sudah berkahwin, pasti akan berubah menjadi seorang yang lebih positif. Pasti tabiat lama yang berunsurkan negatif seperti merempit dan melepak, tidak semena-mena pasti akan terhakis sedikit demi sedikit.
Bagi yang yang beragama Islam, kesempatan yang ada ini apa kata anda dan pasangan melakukakan solat jemaah apabila ada kelapangan, secara langsung akan menyuntik suasana tenang dan harmoni. Ia akan mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan anda.
Lebih awal seseorang itu berkahwin, kemungkinan besar lebih mudah untuk kita melihat perubahan diri sesorang itu bukan?
4) Jangan Biarkan Dijodohkan Begitu Lama
Seperti lagu Jangan Tunggu Lama-Lama yang didendangkan oleh Sweet Charity, jika anda dan pasangan anda sudah jatuh cinta antara satu sama lain, lebih elok jika anda berdua dijodohkan, tidak perlu dibiarkan tertangguh.
Tidak perlu menunggu ekonomi kalian betul-betul kukuh baru anda berdua mahu disatukan. Bagi memastikan ekonomi anda betul-betul kukuh memerlukan pengorbanan masa yang lama, bergantung kepada rezeki yang bakal telah ditentukan oleh Allah.
KEBURUKAN KAHWIN USIA MUDA
Tetapi tidak dinafikan perkahwinan di usia muda mungkin ada kontranya. Antaranya ialah:
1) Tidak MendapatRestu Ibu Bapa
Ibu bapa mana yang tidak mahu yang terbaik buat anak-anak mereka. Pasti mereka akan terkejut dan menolak cadangan anda untuk berkahwin pada usia muda, tambahan jika anda masih sedang belajar, akan ditolak mentah-mentah permintaan anda.
Jika situasi ini berlaku, jelaskan kepada ibu bapa dahulu apa sebabnya anda mahu berkahwin. Jelaskan dan yakinkan ibu bapa anda yang anda akan terus komited dengan pekerjaan atau pembelajaran anda semasa sudah berkahwin nanti. Mungkin akan lembut hati mereka nanti.
#Jika masih mendapat tentangan daripada ibu bapa anda, sebaik-baiknya akurlah dengan permintaan mereka itu. Restu ibu bapa amat penting untuk anda terus berbahagia dan senang di masa depan.
2) Bosan denganKehidupan Berumah Tangga
Mungkin sebelum mendirikan rumah tangga, anda akan anggap diri anda bersedia untuk mendirikan tangga. Ia semata-mata untuk mengelak dari berlakunya maksiat. Jika itu berlaku, baik anda berfikir sedalam-dalamnya
Rumah tangga yang hanya berlandaskan nafsu dan tanpa cinta atau kasih sayang seperti buah yang tiada manisnya. Sebaik-baiknya berkahwinlah dengan pasangan benar-benar anda cinta supaya kemanisan berumah tangga dapat dirasai. Pastikan ikatan anda bukan atas nafsu!
Pastikan pasangan anda pilih itu memang bersesuaian dengan anda. Jangan hanya tangkap muat dan hanya cinta monyet sahaja kerana kuatir rumah tangga akan terjejas dia tiada persefahaman.
Pastikan juga anda cukup bersedia untuk menempuh alam rumah tangga. Siap sedia diri anda untuk mengorbankan segala yang anda minat atau tabiat buruk anda untuk memastikan rumah tangga anda bahagia. Sesetengah orang masih tidak bersedia untuk berkahwin kerana ingin cara hidup yang sama ketika mereka bujang.
Jika anda masih rasa sayang membuangnya, seperti melepak dengan rakan-rakan, memancing secara berlebihan atau hobi-hobi yang melampau atau tabiat-tabiat yang kurang baik, pastikan anda membuang tabiat itu atau ianya akan memberi masalah selepas perkahwinan nanti
Anda juga perlu memastikan sanggup mengorbankan diri anda untuk kerja lebih masa atau bekerja sambilan(bagi pasangan yang sedang belajar) bagi memastikan anda dapat menampung segala perbelajaan anda berdua, temasuk anak-anak.
Kesimpulan
Pelbagai perkara manis anda akan rasai apabila berkahwin. Berkahwin pada usia muda adalah antara perkara yang terpuji. Namun, pastikan anda cukup bersedia untuk menempuh alam berumah tangga ini pada usia yang muda.
Jika anda dan pasangan anda sudah bersedia dan mendapat restu kedua-dua belah pihak, berkahwinlah walaupun pada usia muda. Kecapi keindahan rumah tangga sebaik-baiknya dan pastikan rumah tangga anda kekal bahagia.
Rabu, 8 Oktober 2014
Tanda-tanda seseorang mencintai
1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya, dan dia akan selalu bahagia jika melihat kamu bahagia.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS/YM/BBM seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, karena dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”.
6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS/YM/BBM.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, karena saat-saat itu adalah saat yang berharga untuknya. dan saat itu matanya pasti berkaca, karena saat bersamamu tidak selalu terulang.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. karena dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, karena dia ingin tahu apa kegemaran kamu. Kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia bisa.
10. Kalau kamu sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS, menelefon, YM/BBM dll untuk bertanya keadaan kamu – karena dia khawatir tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS/YM/BBM ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menggetarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
16. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang bikin BETE, seperti menelefon/SMS/YM/BBM kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
17. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
18. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar. Bahkan dia begitu gembira karena dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.
19. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
20. Dan jika kamu coba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
21. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu karena sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
22. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak mau kamu terbebani karenanya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, karena dia benar-benar mengerti apa itu cinta.