Asalammualaikum.
Kesah benar ini amat menyayat hati.jika kita ketahuinya.kesah2 yang menggugurkan air mata serta keinsafan,
GUAR CEMPEDAK: Tragedi kebakaran yang menggemparkan negara, 25 tahun lalu di di Padang Lumat, Kedah masih terpahat di sanubari mereka yang melaluinya.
Kebakaran Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 itu mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 pelajar sekolah itu terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis dan jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya".
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar mengenai kisah duka ini tetapi yang pastinya ia tidak mungkin dapat dilupakan kalangan ahli keluarga mangsa yang terkorban tambahan pula mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dengan peristiwa hitam itu.
Menyedari hakikat itu, Astro telah menayangkan sebuah telefilem berjudul 'Pondok Pak Ya' arahan Wan Hasliza berdasarkan kisah benar yang berlaku itu.
Telefilem ini juga memuatkan beberapa fakta mengenai kebakaran sekolah tersebut dan anak saudara kepada salah seorang mangsa kejadian turut berlakon dengan memegang watak ibu saudaranya.
Bagi memperingati tragedi 25 tahun lalu itu, sekumpulan sukarelawan daripada kelab Kindness bersama 27 shuhadah mengedarkan tasbih kepada pelajar-pelajar bertujuan menggalakkan mereka untuk berzikir serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad SAW.
Menurut Pengarah Projek Kindness cawangan Pulau Pinang, Rasselan Kasiman menerusi program yang di beri nama "kineutas tasbih beri seribu makna" ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta dan kasih kepada agama Islam dan tanggungjawab ini seharusnya dipikul semua pihak.
Pada program itu mereka telah menyumbangkan kira-kira 750 utas tasbih dan 150 buah buku doa dan zikir untuk di edarkan kepada setiap pelajar sekolah terbabit.
Katanya Kindness membeli sejumlah tasbih buku doa terbabit menerusi hasil wang kutipan daripada ahli-ahlinya tanpa meminta sumbangan daripada mana-mana pihak.
"Selepas saya tengok telemovie pondok Pak Ya jadi terus terbuka hati nak buat dekat sini lah..di tv..daripada situ saya cuba buka peluang untuk orang ramai siapa nak bagi sumbangan tasbih..pada mula nya saya hanya sasar 200 tasbih tapi Alhamdulillah saya dapat 750 tasbih," katanya.
Sehubungan itu pihak sekolah juga berharap lebih ramai individu atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain datang memberi sumbangan kerana sekolah tersebut memerlukan lebih banyak sumbangan terutama kemudahan untuk belajar seperti buku doa dan zikir.
"Harapan kita pihak sekolah berharap supaya lebih ramai lagi pihak pihak memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam pelbagai aspek sama ada kewangan bantuan lain yang diperlukan di sekolah," kata Aza Mohd Noh yang merupakan salah seorang guru sekolah tersebut.
Sementara itu, bagi pelajar walaupun sumbangan ini hanya seutas tasbih namun impaknya terlalu bermakna buat mereka dalam mengenang kembali tragedi yang meragut nyawa para-para syuhadah di tanah tempat mereka mengejar ilmu baik duniawi mahupun akhirat.
"Saya nak ucap terima kasih pada pasukan 27 syuhada kerana sudi datang ke sekolah kami yang memberi satu tasbih kepada kami walaupun kita dapat satu saja tasbih tu tapi kegunaan dia banyak sangat dan memberi manfaat dia, tasbih tu insyAllah kami amalkan selepas solat fardhu dan ataupun dimana saja dengan mengunakan tasbih tu kami boleh sedekahkan zikir-zikir kami, al fatihah kami kepada orang yang telah meningal dunia," kata Nurul Hawana Abdullah
Bagi Ketua Pelajar sekolah tersebut, Mohamad Amar Jaafar, biarpun sumbangan tasbih itu kecil tetapi ia tetap memberi kebaikan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.
"Seutas tasbih walaupun benda tu kecil tapi kebaikan ada sebab apa benda benda yang baik ini ada kebaikan dia dan akan dapat ganjaran yang Allah janjikan, kalau ada kawan atau sahabat kita atau saudara kita terima benda ini dia beramal dengan benda tu, dia beramal sampai dia tua ada anak pun pahala dia bagi kat orang lain akan berterusan sebab benda ni sedekah," katanya.
Dalam pada itu pihak sekolah juga turut membawa wakil daripada Kindness bersama-sama pelajar menziarahi kubur para 27 syuhada di tanah perkuburan batu 16, Padang Lumat, Yan.
Pondok Pak Ya: Tragedi Tragis 22/9/89
Nama Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah bukanlah sesuatu yang asing bagiku. Aku akan melintasi kawasan sekolah ini setiap kali pulang ke rumah keluarga angkat di Jeniang, Sik. Lebih dikenali dengan gelaran Pondok Pak Ya, sekolah yang terletak cuma 4 batu jauhnya dari sekolahku (SMA Nahdzah) ini pernah aku kunjungi beberapa kali. Terletak di batu 16 Padang Lumat, Pondok Pak Ya juga seperti Pondok Pak Man (SMA Nahdzah) yang menjadi pilihan ibu bapa di sekitar Kedah bagi menghantar anak-anak mendalami ilmu agama.
Sejarah penubuhan bermula pada tahun 1910-an oleh Tn. Hj Hussain Nasir atau lebih dikenali sebagai Tn. Hussain Kedah al-Banjari sebelum dikelola oleh Tuan Guru Hj Yahaya Junaid (Pak Ya Junid) dan dirasmikan pada tahun 1942.
Selama hampir satu abad berdiri megah menongkati perjuangan menyebarkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi,siapa menyangka bahawa di sebalik namanya yang harum, ada satu tragedi ngeri yang sehingga kini diingat dan dikenang bukan sahaja oleh pelajar dan bekas pelajar Pondok Pak Ya, tetapi juga oleh seluruh penduduk Kedah amnya.
Peristiwa kebakaran asrama puteri pada 22 September 1989, satu tragedi yang meragut nyawa 27 orang puteri dalam sekelip mata. Dalam api yang menjulang, tiada siapa yang mengetahui sekuat mana teriakan dan tangis mereka, berusaha untuk menyelamatkan diri dan satu sama lain. Masih ada goresan pilu di hati mereka yang turut sama merasakan nyalaan api membara, 22 September pada 22 tahun yang lalu. Hingga hari ini, peristiwa ngeri itu masih dalam ingatan seluruh warga Pondok Pak Ya. Malah hingga hari ini, masih ada ibu yang menanggung rindu, ayah yang menangis pilu, sahabat yang hilang teman dan guru yang hilang pelajar harapan.
Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan |
Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa |
Suasana di tapak kebakaran |
Serpihan anggota badan mangsa....ALLAHUAKBAR |
Keratan akhbar berkenaan tragedi ngeri 22/9/89 |
27 puteri, syuhada' yang dikenang, sehingga sekarang nama mereka terus abadi dalam lipatan sejarah sebuah Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah. Di pusara mereka yang mengharum, terkubur bersama impian dan harapan yang kini menjadi doa yang dititipkan saban waktu.
![]() | ||
Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah, bt 16 Padang Lumat |
Usaha murni pihak pentadbiran Pondok Pak Ya bersama alumni sekolah mengadakan majlis memperingati tragedi ini, di samping menziarahi keluarga mangsa-mangsa kebakaran amat wajar diberikan penghargaan.
Al-Fatihah buat 27 Syuhada'...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan