Selasa, 4 Februari 2025

berubah

 assalammualiakum.

setiap orang akan melalui fasa kehilangan,aku antara orang yg dah merasa kehilangan terbesar dalam hidup aku.iyaitu adalah ayah...maaf kan anak mu tidak sempat berjasa pada mu..kehilangan ini sangat terkesan pada hidup aku..aku ibarat jatuh di timpa tangga lalu tersembam tidak mungkin bangun kembali kerana kaki ku lumpuh sepenuh nya..tangisan dalam hati jiwa yang meronta2 akan kepedihan yang amat sangat.mungkin di luar wajah ku senyum tapi hakikat nya jiwa aku tersiksa.kini tinggal ibu ku yg dah berrusia,sekilah aku melihat wajah nya aku merasakan aku orang yg paling tidak berguna dlam dunia ini..apa yg aku dapat bangga kan dia..tiada apa pun.kini aku begelar ayah,memiliki seorang anak perempuan..aku sentiasa akan bekerja keras untuk anak bini dan keluargaku..walaupun kadang2 aku merasa lelah akan hidup ini.tapi kehidup perlus di teruskan.

semakin hari semakin hilang kata2 dari mulut ku..aku cuba sembunyikan seribu kepahitan yang ada dalam hati ini.biarlah jatuh bangun aku..aku saja yang tahu.



Ahad, 28 Oktober 2018

memperbaiki diri

30 CARA UNTUK MEMPERBAIKI HIDUP.

1. Jangan bandingkan hidup kau dengan orang lain. Kau mungkin tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kau tak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga kau terhadap benda yang positif yang kau miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang kau mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu tapi sehabis baik.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri kau tapi fokus pada impian.

5. Jangan bazirkan tenaga kau terhadap gosip.

6. Berfikir lebih jauh bila kau masih terjaga.

7. Iri hati adalah perkara yang sia-sia. Kau sudah mempunyai semua yang kau perlukan, bersyukur.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan kau di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan kau di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lepas kau supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang yang kau sedang miliki.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kau selain dari kau sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ni seperti sekolah dan kau di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas sains, tetapi pengajarannya yang akan kau pegang seumur hidup kau.

13. Senyum dan ketawa selalu.

14. Kau tidak perlu menang setiap pertengkaran. Tidak kira kau setuju untuk tidak.

15. Hubungi keluarga selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Sentiasa memaafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kau bukan urusan kau.

21. Pekerjaan kau tidak akan menjaga kau bila kau sakit tetapi keluarga kau yang akan menjaga kau. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kau fikir, apa yang kau katakan dan buat.

23. Allah akan permudahkan segalanya.

24. Buat perkara yang betul.

25. Tak kira baik atau buruk pun situasi sekarang, ianya akan berubah.

26. Apa pun yang kau rasa, bangun, bersiap dan terus melangkah.

27. Yang terbaik pasti akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kau terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Bila kau kenal Allah kau akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Bila kau mengamalkan ke semua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kau sayang seperti mana aku peroleh dari orang lain.

Ianya bukan sahaja akan memperbaiki hidup kau tetapi orang lain di sekeliling kau juga. Kita saling memberi dan peroleh manfaat dari satu sama lain.

Tak usah bersaing, cuma pastikan yang kita lebih baik dari diri kita semalam.

Azizihussinyt