Ahad, 16 November 2014

Petua orang tua2

Asalammualaikum..

Hari ini macam mimpi.terjaga dari tidur terasa seperti putara raja yang hilang ingatan dan ingin tahu tentang kehidupan dan penyelesaian masalah .berbual2 dengan ramai makcik2,pakcik2 memberi 1 pnglaman yang indah dan juga pengajaran yang teramat berguna ,seketika perbualan tentang penyakit aku pun menyiap kan pencil dan buku untuk mengambil tips2 yang di gunakan oleh orang dulu2,sebelum ada rawatan canggih dan lebih mudah pada abad ini.akan tertapi cara semula jadi lebih menarik perhatian aku.di sini mula nye sebuah cerita besama aku .jom kita simak tips2 yang sempat aku salin dari perbualan.dan telah di rengkas kan.

Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut

Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut

1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka

Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj

Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan

Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak

Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala

Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan

1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda

1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi

Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Rabu, 12 November 2014

Tercatat

Asalammualaikum..

Hari ni hari k empat aku menjadi kapten .kapal berjalan dengan sempurna.klang ke johor-johor ke klang.mula2 aku gementar juga bila dapat tahu aku di terima untuk menjadi kapten.selama menjadi anak kapal.aku tidak pernah terfikir atau berminat untuk mejadi kapten ni.dengan tidak semena2 aku terlintas untuk mengambil lsen kapten..

Emosi sering tergangu dengan perasan2 hampa dan kecewa..itu sering hampir mematahkan semangat aku..tapi..
..kita tidak layak bersedih..kerana kita masih hidup di dunia dan masih ada peluang ..org yg layak bersedih adalah orang yg sudah tiada.org yg dah meninggal dunia .kerana tiada peluang ke dua untuk nye..'

Walaupun aku sedang bergembira dengan bayang2 ku sendiri.nercaya suatu hari nanti aku tidak lagi.bertepuk sebelah tangan.aku cuba sibok kan diri kepada kerja.kpd allah..kerana aku kuatir akan sikap dan perasaan ku akan musnah.jika berkelakuan menari besama bayang2.walau pun gembira.aku yg mencipta nya.dan hanya aku yg merasa kan nye..

Sesungguhnye kehidupan aku cukup berbeza dengan nya..dia lengkap dgn apa je.tapi aku?tidak lagi.cukup lah dulu aku merasakan kehebatan dunia.yg serba menghanyut kan aku.kini aku lebih memilih berserdhana .aku tak jahat.tapi aku tak nak jadi baik sangat sampai orang mudah pijak kepala aku..kehidupan aku kini cuma perlukan senyuman dan fikiran positif kepada ap2 yg berlaku ..

Wey berapa lama.hati nak bicara?hujan dah lebat.bru sampai hicom.haiya..ok lah.aku nak bergerak..yip2.horre.yip2..bergerak!!!

Isnin, 10 November 2014

Tahu tak?

Masjid Azizi

Masjid Azizi

Masjid Azizi

LetakTanjung Pura, LangkatSumatera UtaraAfiliasi agamaIslamDeskripsi arsitekturJenis arsitekturMasjidTahun selesai1902Spesifikasi

Masjid Azizi adalah masjid peninggalanKesultanan Langkat yang berada di kotaTanjung PuraKabupaten LangkatSumatera Utara yang merupakan ibukota kesultanan Langkat di masa lalu. Masjid ini terletak di tepi jalan lintas Sumatera yang menghubungkan Medan dengan Banda Aceh.

Mulai dibangun oleh Sultan Langkat Haji Musa pada tahun 1899, selesai dan diresmikan oleh putra beliau, Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah pada tanggal 13 Juni 1902M. Keindahan Masjid Azizi ini kemudian dijadikan rujukan pembangunanMasjid Zahir di KedahMalaysia, hingga kedua masjid tersebut memiliki kemiripan satu dengan yang lain.

Sejarah Masjid Azizi Langkat

Masjid Azizi pada tahun 1921

Masjid Azizi berdiri di atas tanah seluas 18.000 meter persegi, Masjid Azizi dibangun atas anjuran Syekh Abdul Wahab Babussalam pada masa pemerintahan Sultan Musa al-Muazzamsyah. Mulai dibangun pada tahun 1320 H (1899M) atau setidaknya 149 tahun sejak Langkat resmi berdiri sebagai Kesultanan, namun Sultan Musa wafat sebelum pembangunan masjid selesari dilaksanakan. Pembangunan diteruskan oleh putranya yang bergelar Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah (1897-1927) Sultan Langkat ke-7.[1]

Rancangan masjid ditangani oleh seorang arsitek berkebangsaan Jerman, para pekerjanya banyak dari etnis Tionghoa dan masyarakat Langkat sendiri. Sedangkan bahan bangunan didatangkan dari Penang Malaysia dan Singapura dengan menggunakan kapal ke Tanjungpura. Pada masa itu sungai Batang Serangan masih berfungsi baik dan kapal-kapal dengan tonase 600 ton dapat melayarinya.

Masjid Azizi diresmikan sendiri oleh Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah bertepatan dengan peringatan Maulid Nabi Muhammad Saw dan peringatan perubahan Kerajaan menjadi kesultanan Langkat pada tanggal 12 Rabiul Awal 1320H (13 Juni 1902 M) menghabiskan dana sekitar 200,000 Ringgit, dan dinamai masjid Azizi sesuai dengan nama Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah.

Arsitektural

Tampilan depan Masjid Azizi

Masjid Azizi bercorak campuran Timur Tengah dan India dengan banyak kubah dengan daya tampung sekitar 2000 jemaah sekaligus. Bangunan induk berukuran 25 × 25 m dan tinggi ± 30 m. Ketiga sisi Masjid dilengkapi dengan serambi masing masing di sisi timur, utara dan selatan, masing masing serambi ini berhubungan langsung dengan koridor di tiga sisi masjid dan langsung menuju ke pintu masuk. Tiang serambi yang berdiri di sisi kiri dan kanannya berbentuk persegi delapan mirip menara dalam ukuran kecil dengan bagian ujungnya berbentuk kuncup bunga. Serambi dan teras masjid dilengkapi dengan pilar pilar dan lengkungan khas timur tengah dihias dengan kaligrafi, bentuk bentuk geometris dan ukiran floral. [2]

Ruang utama masjid dindingnya empat persegi panjang berukuran 20 × 20 m. Lantai ruang utama tadinya berlapis keramik tapi kini diganti dengan marmer, sisanya lantai keramiknya masih dapat dilihat di bagian tengah lantai ruang utama. Bagian dinding luar ruang utama dihiasi dengan kaligrafi al-Qur'an, hiasan geometris, dan floraral. Dinding bagian dalam ruang utama penuh dengan hiasan, sisi bawahnya dilapisi marmer, sedangkan sisi atasnya dihiasi kaligrafi al-Qur'an, bentuk geometris dan floral. Mihrab dan mimbar masjid Azizi terbuat dari marmer.

Menara masjid terletak di timur laut masjid dengan tinggi sekitar 60 meter. Bagian bawah menara dilengkapi sebuah pintu. Bagian kedua dihiasi dengan sebuah jendela lengkung pada setiap sisinya. Bagian atapnya berbentuk kubah dengan bulan di puncaknya. Secara keseluruhan arsitektural masjid Azizi ini memiliki beberapa kemiripan dengan masjid raya Al Mashun dan masjid Al Osmani di Medan, terutama pada rancang bangun kubahnya yang khas.

Festival Azizi

Setiap tahunnya diadakan Festival Azizi di masjid ini. Kegiatannya beragam, mulai dari lomba barzanzi, azan, marhaban, dan baca puisi. Festival tersebut diselenggarakan untuk memperingati wafatnya Tuan Guru Besilam Babussalam Syeikh Abdul Wahab Rokan, yang dikenal sebagai ulama penyebar Tariqat Naqsabandiah. Pengikutnya menyebar hingga ke Aceh, Sumut, Sumbar, Riau, Jambi, dan negara-negara Asia Tenggara. Festival bernuansa Islami itu sebenarnya tidak ada hubungannya dengan Masjid Azizi dan sejarahnya. Hanya karena bertempat di Masjid Azizi, maka disebut Festival Azizi.

Tahu tak ?

Arabic Meaning: 
The name Azizi is an Arabic baby name. In Arabic the meaning of the name Azizi is: Precious.

Egyptian Meaning: 
The name Azizi is an Egyptian baby name. In Egyptian the meaning of the name Azizi is: Precious.

SoulUrge Number: 1

People with this name have a deep inner desire to use their abilities in leadership, and to have personal independence. They would rather focus on large, important issues, and delegate the details.

Expression Number: 8

People with this name are competent, practical, and often obtain great power and wealth. They tend to be successful in business and commercial affairs, and are able to achieve great material dreams. Because they often focus so strongly on business and achievement, they may neglect their private lives and relationships.

Adakah anda tahu?

KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan keempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.

tempat makan syok

sumber buku ni oleh zakiah hanum

Adakah anda tahu?

SARAWAK

Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama Sungai Sarawak. Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan nama Sarawak berasal dari ungkapan " serah pada awak", iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841.

Adakah anda tahu?

) SABAH

Pernah dikenali dengan nama "Api-api", Sabah mendapat namanya daripada perkataan "Saba", iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.

Adakah anda tahu?

TERENGGANU

Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata "terangnya genu" atau maksud lainnya "terang sampai ke sana". Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai "Taring anu", sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai "Sungai Taring Anu".

Adakah anda tahu?

PULAU PINANG

Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales" oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan.

Adakah anda tahu?

PERLIS

Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh".


Adakah anda tahu?

PERAK

Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri.

Adakah anda tahu?

PAHANG

Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah" yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah. 

Adakah anda tahu?

MELAKA

Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya. Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud "pusat / tempat perdagangan ". Dalam bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai "Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa erti "negeri orang melayu".

Adakah anda tahu?

 KELANTAN

Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah "Kolithana" yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai "Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang akhirnya menjadi Kelantan. 

Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai "Ko-lo". Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau "Kou-lo-tan". Sementara dalam peta De'eredia, wujud nama "Calantan Rio", sementara peta selainnya disebut "Calantan", "Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok "Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika itu.

Adakah anda tahu?

KEDAH

Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.

Adakah anda tahu?

JOHOR

Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah", sementara R.O Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah jawa yang bermaksud "Air Jernih". Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, "Hujung Medini"(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu "Jauhar" yang membawa maksud "Permata".

Adakah anda tahu?

NEGERI SEMBILAN

Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat

Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu:

1) Sungai Ujong
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol

Adakah anda tahu?

1. SELANGOR 
Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.

Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor. 

Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.

Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

Ahad, 9 November 2014

hati

Asalammualaikum.

Hujan semakin lebat.di hati terdetik pelbagai soalan...bulan..bintang..tidak terlihat malam ini..ku cuba ukirkan senyuman dalam keadaan ini...
Tak ada orang tahu betapa sukar nye nak melupa kan kesah silam ini.dan berapa lama aku ambil masa untuk melupakan nya..tidak terdetik berfikir bergitu mudah orang megunkit nya kembali..
'kita tak tahu betapa sakit and sukar seseorang itu hendak melupa kan sejarah hitam dan kita bergitu mudah memperingat kan nya kembali walau pun tidak di sengajakan'

Fikiran ku semakin rungsing,banyak suara2 yang ingin menjatuh kan aku..namun ini lah rialiti nye..jauh mana kita lari..dalam mana kita sembunyi.sejarah tidak akan dapat mengubah apa2...manusia sentiasa akan mengambil kesempatan untuk menjatuh kan sesorang demi kepuasan nya sendiri..aku selalu menjadi mangsa dal hal yang macam ni.mungkin kesilapan aku juga..tiada apa yg dapat aku buat and perbetulkan lagi.orang tak akan perdulik dengan hal2 yang betul..

Dilema ...
Perlu ke?ada rasa takut akan kehilangan?sedang kan aku sudah hilang segalanye dalam diri.jika taubat ku di terima.inikah ujian nye?perlahan2 aku bernafas demi mendamaikan hati ini...perasaan ini sangat lain...
Sangat tersentuh..

Rabu, 5 November 2014

Mungkin esok

Asalammualaikum.

Setiap hari mencuba.doa dan terus berdoa.allah itu pendengar setia..sujud lah.minta lah kepadanya.jawapan yang susah di ungkaikan..di setiap hentian rehat aku mengadu kepada nya.mungkin bukan hari ini dia beri jawapan dan mungkin pada esok hari.jangan pernah putus asa.meski pun rapuh dalam langkah..cinta tetap hujud bila ada nya dia...

Kesejukan yang teramat sangat di luar ini.orang lain dah lena tido.tapi aku masih lagi besengkang mata..berat pekerjaan ini .kekadang hampir putus harapan..berfikir yg kerana kerja aku yang mcm ni.punca dia jauh kan diri dari telibat dgn ku..humm.tertapi aku tidak mudah putus asa..ini yang halal bagi ku.rezeki allah amat lah luas.aku tidak takut apapun yang bakal terjadi pada masa depan aku.selagi aku taat kepada nya.insyaallah di permudahkan segala urusan ku..

Luka yang lama belum sembuh.tapi datang luka yang baru..jiwa dan hati semakin hari semakin lembut mudah tersentuh...luka kali ini.aku dah stnbuy kan kotak kecemasan.so tak perlu lah risau sangat.walau x sembuh sepenuh nya..tpi masih bolh di ubati..terbarik aku kat sini.orang dok lalu lalang perhati aku..sangka aku gila agaknye.tpi mereka tak tahu.indah nye langit malam berteman bintang2 jika kita tgk dalam keadaan berbaring..hoi! Tapi ni tempat awak!RNR rehat dan rawat.hahaha.ok la wey.aku nak gerak..pi mana? Nusa jaya.legoland!!yeaha!! Bukan cuti.pi koje.ha

Isnin, 3 November 2014

Kamu

Asalammualaikum.

Kamu

Terlalu indah kukatakan tentangnya

Ia begitu sempurna untuk dicinta

Untuk diriku yang tak sempurna dimatanya

Bagai langit dan bumi yang jauh berbeda

Senyumnya yang indah buatku terpana

Mata ini tersihir ketika melihatnya

Terpaku dalam angan tuk bersama

Melayang jauh ke angkasa

Tutur lembutnya meneduhkan jiwa

Yang gersang menantikan cinta

Terpanah hatiku dibuat olehnya

Sungguh aku merasa bahagia

Tahukah kau siapa dirinya

Yang tlah membuatku jatuh cinta

Dia adalah kamu

Kamu yang tlah mencuri hatiku

Kau menyinari hari-hariku bersamamu

Kau jantung hatiku

Kamu yang mengobarkan semangat hidupku

Percayakan hatimu untukku

Kan kujaga kepercayaan darimu

Karna kaulah cintaku

Jangan Bersedih kerana cinta

Jangan Bersedih Kerana Putus Cinta

Asalammualaikum

Kita mungkin pernah menangis dalam hidup ini. Tetapi adakah tangisan air mata yang keluar itu kerana takutkan Allah atau menangis kerana perkara-perkara dunia? Contohnya apabila putus cinta. Ada orang yang bersedih kerana terlalu kecewa dengan putus cinta. Ketahuilah yang dunia ini adalah bersifat sementara dan akhirat jualah yang bersifat kekal. Bersabarlah dengan ujian yang diterima dan hendaklah kita tenang menghadapinya.

Petua Untuk Hati Yang Gundah Gulana

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
... 
1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada anaknya Siti Fatimah.

2. Berdoa - Mohonlah kepada Allah s.w.t. Ingatlah, doa adalah senjata bagi orang mukmin.

3. Sibukan Diri dengan Sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan. Libatkan diri dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan dan sebagainya.

4. Luahkan Perasaan - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya, menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Manfaat Membaca Al Quran 

1. Jadi Syifa atau Obat Jiwa – Al-Quran juga adalah obat atau penawar bagi orang yang gelisah jiwanya. "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman" (QS. Yunus:57). Sahabat Rasulullah, Ibnu Mas'ud, pernah menasihati orang yang jiwanya gelisah, tidak tenteram, fikirannya kusut, makan tak enak, tidur tak nyenyak. Ibnu Mas'ud menasehatinya, antara lain agar orang tersebut mengunjungi tempat orang membaca Al-Quran, lalu ikut membaca atau mendengarkan saja. Setelah orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannyalah nasihat Ibnu Mas'ud itu. Dia pergi mengambil wudhu, lalu mengambil Al-Quran, terus dia baca dengan hati yang khusyu. Selesai membaca Al Quran, berubahlah kembali jiwanya, menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang, kegelisahannya hilang sama sekali.

2. Penghilang Penyakit Hati – “(Al-Quran) merupakan penawar (syifa) dan rahmat bagi mereka yang beriman” (QS. Al-Isra’: 82). Di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa disebutkan, “Syifa bermaksud (Quran adalah penawar) yang dapat menghilangkan syak (keragu-raguan), nifak, penyelewengan, kelemahan dan penyakit dalam hati. Quran juga adalah rahmat yang dapat menghasilkan iman, hikmat dan kebahagiaan.”

Aku dan aku

Asalammualaikum..

Ađα ѕєвαв мєηgαρα кιтα мєηgєηαĻι ѕєѕєσяαηg đαĻαм нιđυρ кιтα          ѕαмα αđα кιтα ρєяĻυ мєηgυвαн нιđυρ đια,,αтαυ đια уαηg вαкαĻ мєηgυвαн нιđυρ кιтα....
AĻĻαн тαккαη нαđιякαη ѕєѕєσяαηg ιтυ тαηρα ѕєвαB...

Cahaya lampu yang menyinar.di sepanjang jalan yang ku susuri.malam ku terlalu sunyi besama hembus bayu...hati ku menjerit kepedihan yang teramat sangat .tergapai jauh tangan ku untuk ke sana..jangan lah hasrat cuma impian yang pudar.

Mungkin ada penawar rasia-
Malam ini ku sendiri lagi.seperti malam-malam yang biasa,hanya bulan yang setia menanti pagi yang bakal menjelma..air mata yang mengalir.tampa ada yang tahu.namun kasih yang terasa,bukan hanya untuk sementara..kerkasih ku tulis nama mu .di dalam dairy hati ku.hanya engkau yang satu,di dalam hati ku mati dan hidup ku hanya padamu..duhai cinta ku sayang ku dengarkan lah.perasaan ku rindu ku seluruh cinta ku...

Terlalu indah kata2.yang kerap di ungkap kan tertapi bukan lah rekaan .jika hati ini benar.benar kan lah cinta itu miliki..dalam senyuman ada duka.apakah ini yang perlu di lakukan untuk menjaga hati dan perasaan orang lain..kehidupan ini berbeza .masing2 ada cerita masing2..besama aku.dan sebuah cerita..aku hanya aku .siapa lah aku tampa kesilapan yang berlaku..

Ahad, 2 November 2014

Sebap Wanita melayu mudah di rasuk

Asalamualaikum.

Tgah tengok tv cita histeria.so saya pelik.kenapa kalau rasuk?histeria? Mesti ada kena mengena dengan gadis melayu kan.so saya tanye kawan2.banyak yang bagi jawapan yang mengarut .dengan iu saya pun bertanya dengan pakar..dan dah dapat jwapan nye.so jom mula kan kesah ni.

Gadis Melayu Senang Kena Histeria dan Rasuk

Kes rasuk dan histeria ini berlaku di ruang pelajar perempuan membasuh kain di sebuah Asrama Puteri. Kebanyakan yang dirasuk adalah pelajar Melayu dan tidak pernah berlaku kepada pelajar Cina dan India.
Di mana salahnya…

Kita ikuti percakapan antara seorang bomoh dengan jin… Kenapa dia suka merasuk pelajar Melayu saja? Suatu hari seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin-jin yang berlegar-legar di asrama yang merasuk pelajar-pelajar.

Ketika sampai, dia pun membaca mantera. Dia memanggil ketua jin. Lalu ketua jin pun datang dengan menunjukkan wajah yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang berpengalaman pun nak hampir pengsan melihat wajah brutalnya itu.
Tapi ketua bomoh itu menguatkan semangatnya. Lalu ketua bomoh itu bertanya dengan suara yang nyaring dan kuat, menampakkan semangat yang tidak kendur walaupun jin itu menampakkan wajah yang amat mengerikan.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah ini hah?

Jawab!!!

Kenapa Gadis Melayu yang menjadi sasaran kau wahai setan yang di rejam..?”

Dengan menarik nafas yang panjang ketua jin pun menjawab..
“Siapa bilang Gadis Melayu tak menawan.. Tak menarik hati, tiada memikat”
“Kalaulah memang, tak mungkin aku tertarik… Kalaulah sungguh, tak mungkin aku merasuk,”
“Aduhai……. Kekekekkkkeeee”

Jeruk mangga asam boi.

Asalammualaikum.

Ha.hari hujan.so tak pi keja.bos asik call je.tapi aku tak jawap.dia tak tau ke hujan?haha.
Ok.mangga asam boi.dah memang terlebih2 skarang ni cerita pasal benda ni..dah ada yang meniaga pun.kat fb,ig lagi2 kat KL to.jalan chow kit.wah bapak melambak2.

Ha.dari pada beli and makan je buat ape kan.jom kita try buat sendiri..lagi puas hati kan?tak cube tak tahu..walau pun belum musim mangga skarg.so stok pun susah nak dapat .pi la curi kat umah jiran yang ad 1 bijik 2.haha.eh tak la.pi mintak elok2 la wey.

Ok bahan2 yang kita perlu kan untuk mangga asam boi.

Beberapa biji Mangga mudasatu paket asam boi ( yang merah/ putih)gula 10 suduCili padi atau cili besar ( dalam 7-8 tangkai)-Dihiris nipis

Cara Menyediakan Jeruk Mangga Asam Boi

Kupas kulit mangga dan potong ikut suka.Basuh hingga bersih.Masukkan dalam bekas besar macam besen,kemudian masukkan bahan-bahan seperti gula, asam boi dan cili padi.Gaul bagi rata dan sebati.Tak payah masukkan air sebab gula itu akan larut bersama bahan-bahan tadi.Simpan dalam peti ais dari 4 hingga ke 5 jam.

Dan siap..sedia untuk di makan..wey series sedap dh la sejuk.masam2 manis.rangup.peh!!
Ha .tips! Kalau nak lagi sedap korang cari pelum apple..memang terbaik. So selamat mencuba la ye.

Bukan niat ku lirik by amat

Tajuk-bukan niat ku
Ciptaan-azizi
Tahun 2008

Bukan niat ku

Sering kali ku terfikirkan mu
Di kala pada malam syahdu
Terkenang apakah salah ku
Hingga jadi bergini

Nama mu bermain di fikiran
Wajah mu bermain di mata
Terimbas kembali sejarah kita
Air menggalir dari mata

Sungguh bukan niat untuk menyakiti mu
Percayalah kasih.
Apa gunanya aku merayu
Jika engkau dah tak sudi

Maafkan aku kerna ku besalah
Ku hanya pinta untuk kita besama
Takrela aku berpisah dengan mu
Kerna itu bukan niat ku.

Hanya engkau yang mampu

Asalammualaikum.

Apa yang aku boleh bezakan malam dan siang jika hati dan mata ini telah dibuta kan dengan kehadiran kamu.aku duduk di sini.merenung jauh kamu di sana.setiap saat dan minit menunggu pesanan ringkas dari mu.ibarat menunggu burung yang mebawa nota di kaki nya.adakah kerana angin?atau burung itu hilang arah untuk jalan kepadaku?dan nota itu tidak akan sampai kepada ku..tak apa aku setia menunggu..

Nama mu selalu ku sebut,wajah mu selalu ku bayangkan,mengalir air mata'
Lirik yang tertulis di dalam hati ini terus berdendang dengan irama .melihat gambar mu di phone.menjerit di dalam tubuh yang kosong ini..apayang aku lalui ini?mungkin kah???

Bila malam aku sepi.juga begitu pada siang hari.tiada apa yang dapat membeza kan aku besa kertas kosong..hanya menunggu dia untuk melakar hidup ku.warnai hidup ku..hadir la.membantu ku.

Tetapi ku tak bisa dapat mengungkap kan.terasa bahagia ku mencintaimu..namun kau belum mencintai ku..aku di sini kan slalu menunggu,menanti setiap hari mu.selalu menanti jawapn mu.untuk cinta yang terakhir ...

Sabtu, 1 November 2014

Mengumpat

:: Dosa Orang Mengumpat dan Hadis Mengenainya ::


Sumber : 

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

HADITH MENGENAI DOSA ORANG MENGUMPAT

Pengertian mengumpat adalah menceritakan keburukan seseorang walaupun ianya benar. manakala, maksud memfitnah pula adalah menceritakan keburukan seseorang padahal ianya tidak benar atau bohong.

Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”

(Hadis Riwayat Muslim)


Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:

“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”


Balasan bagi org yang suka mengumpat

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.

(Abu Daud dari Anas)


Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman

Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)


Semoga Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang2 yang suka mengumpat. Amin..

Jumaat, 31 Oktober 2014

50 tanda orang munafiq

SEKADAR RENUNGAN..
50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah
1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada  Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t  Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.

Sentap!tunang

SENTAP !! "Tunang?" “Saya dah tunang. Tapi tunang saya selalu sangat call, tanya khabar, chatting bagai dengan saya. Actually, macamana pertunangan dalam islam, dan apa batas-batasnya? Dan, kalau kita nak kahwin dengan seseorang misalnya, macamana kita nak KENAL dia kalau kita tak ikhtilat dengan dia? Mohon pencerahan….” 1) Actually, HUKUM ASAL ‘sesebuah pertunangan’ itu di kira sah, ialah apabila kita cakap pada seseorang yang kita ingin berkahwin dengan dia, dan orang tersebut setuju. Manakala, ADAT pula ialah perlu cincin, majlis pertunangan yang di persetujui oleh kedua-dua belah family dan yang kita sedia maklum. 2) Jika kita lihat, kenapa hukum asalnya begitu, kerana, orang zaman islam dahulu kala, zaman sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin, mereka di didik untuk menyatakan HAJAT untuk berkahwin dengan seseorang adalah apabila dia BETUL-BETUL BERSEDIA untuk berkahwin. 3) Namun, zaman sekarang, lagi-lagi di Malaysia, ramai orang salah gunakan perkara ini. Ramai remaja dan belia dan mengucapkan kata-kata: “Aku nak jadikan kau sebagai isteri…” “Aku nak kahwin dengan kau…” Dan sebagainya, sedangkan, dia belum BERSEDIA langsung untuk memikul tanggungjawab ini! Hatta, start umur seawal form 3, dah pandai sebut bab nak kahwin ni. Dan, sememangnya, pertunangan itu di kira! Bermakna, jika ada orang lain yang nak kahwin dengan tunang kita itu, di kira HARAM sebab telah di cop. Dan perempuan tu tak boleh berkahwin dengan orang lain selagi tak putuskan pertunangan. 4)Tapi, masalahnya ialah, hari ni, berapa ramai LELAKI yang MENYEKSA WANITA dengan mengatakan “Aku nak jadikan kau isteri”, sedangkan dia tak prepare langsung, lepas tu, bertahun-tahun and then putus couple, putus cinta bagai, and then cari orang lain. Apakah?! Sebab tu, ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan hanya suka-suka! Saya ulang: "Ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan hanya suka-suka! Dosa!" Bak kata Ibn Qayyim: “Orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta!!!” 5) Atas sebab itulah, bagi saya, pada zaman yang penuh dengan fitnah ini, dalam isu pertunangan, kita MESTI MENGIKUT ADAT (mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak, berjumpa dengan family kedua-dua belah pihak, berkenalan dengan keluarga, adakan majlis rasmi yang menjaga batas syarak, dan yang sama waktu dengannya. Kerana, ia lebih terhindar dari fitnah, sekaligus membela MARUAH seorang wanita, dan menjaga perasaan dan kehormatan seorang wanita! Sebab sekarang, ramai yang menggunakan alasan tunang untuk buat maksiat!!!! 6) Manakala dalam proses sebelum bertunang dan sebelum berkahwin misalnya, di sunatkan untuk kedua-dua belah pihak untuk BERTAARUF(berkenalan), dan di kendalikan oleh orang tengah agar tak berlaku fitnah. Ketika bertaaruf, bertaaruflah sepuas-puasnya. Ketika itu, seorang laki di sunatkan untuk pandang wajah dan tapak tangan wanita yang ingin dia nak kahwin. Dan, jika pertunangan telah di jalankan, maka sepanjang bertunang, peliharalah adab-adab seperti yang berikut: -Banyak berhubung dengan mak ayah orang yang kita ingin berkahwin, supaya dapat eratkan sillaturrahim dan memudahkan proses nak rapat dengan keluarganya. -Kurangkan persembangan kosong dengan tunang kita. Sekadar untuk MEMENUHI HAJAT seperti bincang tarikh kahwin, kos hantaran, isu keluarga, dan yang sama waktu dengannya. Seeloknya di handle oleh orang tengah. Kerana, sekarang, dah beribu KES orang yang tunang, tak sempat kahwin tapi dah berzina. Saya dah dapat banyak soalan dalam inbox berkaitan isu macam ni. Sembang kosong dan sengaja sembang tanpa keperluan, dosa.
#kopipaste

Rabu, 29 Oktober 2014

Renungan masa tua

"RENUNGAN MASA TUA"TAZKIRAH PAGI KHAMIS" oleh( DAUD AYAH NGAH)

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 😊
🌴Aku berdoa.. Ya اَللّهُ : 
💓 Muliakanlah yang membaca pesan ini
💓 Lapangkanlah hatinya
💓 Bahagiakanlah keluarganya, dan
💓 Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
💓 Mudahkan segala urusannya
💓 Kabulkan cita-citanya
💓 Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
    Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
💓 Jauhkan dari segala Musibah
💓 Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
💓 Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
📝Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
👍📝 kirimkan semula doa ini agar kita sentiasa saling mendoakan.

Jodoh

Asalammualaikum.
Jom kita renung kan besama

Lirik masa by amat

Lirik-azizi
Tajuk-masa
Tahun 2014

Masa-

Adakah masa lagi untuk ku merindu
Adakah masa lagi untuk ku cinta mu
Berikan masa lagi untuk ku menunggu
Berikan masa lagi untuk ku buktikan
Cinta mu...uhhh huuu...

Adakah engkau tahu ku selalu merindu
Bayang-bayang wajah mu selalu mengganggu
Adakah engkau tahu ku memang cinta mu
Cinta ini satu hanya untuk mu...
Kasih ku...uhhh huuu huuu...

Semalam ku bermimpi..
Kau hadir di dalam tidur ku,
Bangunku tersenyum..
Bila terkenang senyuman mu itu...

Jujur kata kan.ku cinta padamu
Jujur kata kan.ku sangat merindu
Indah hidup ku adanya kamu
indah hidup ku besama kamu,
Ohhh.,.

Walau sakit ku tunggu..
Walau sakit ku tunggu..

Masa buy amat: http://youtu.be/1nkhT09sqjs

Selasa, 28 Oktober 2014

Tak ada apa dapat aku lakukan

Asalammualaikum....

Hari demi hari ,jam minit saat..kaki ini masih lagi mampu bergerak dan berdiri.dengan kudrat yang aku ada.aku tak pernah lelah sampai la sekarang..
Terlantar keseorangan di sini.merayu kesakitan,lesu badan ku.pucat wajah ku.kering bibir ku.perlukan sedikit air.akan tertapi aku tidak terdaya untuk gerak kan tangan.walaupun sedikit.hanya mengalirkan air mata.dan menyeru nama mu ya allah..

28,11,2014-
Jam 9 mlm-trip muar..dari rumah mula rasa lain macam.pening loya tapi aku masih tidak endah kan.aku memaksa badan ini untuk terus kan perjalanan.kejam nya perasaan ini..hanya kerana cita2 untuk memiliki sesuatu aku tegar musnah kan badan sendiri.
Hujan makin lebat di sini.perasaan pelik mula menghantui.seakan-akan aku telah lupa kan segala nya.dan hanya debaran aku rasakan..aku melihat sekeliling.semua nya.ibarat menjadi perlahan..berhenti di hentian seremban.memeluk tubuh yg kesejukan ini ..'awak saya sakit'dengan nada yang perlahan aku ucap kan'adakah dia dengar seruan ku'tersenyum dengan lesu..beberapa minit sahaja aku telah hanyut di dalam tidur,jam 2 aku tersedar..nyata harapan terus menyinar.allah tidak akan uji hamba nya melebihi kemampuan hambanya..aku kuat kan semangat.bangun..pergi ke petronas beli penadol dan segala ubat.dengan tidak bermaya.aku berjalan serta selesema yang membuat kan aku sesak.mata terus berair..hujan masih renyai aku hanya guna kan tangan melindungi kepala ku..ini cuma kesusahan sementara..mungkin tiada siapa akan pedulik bila melihat aku masa to...
Masa berjalan dengan pantas ..aku harus buat keputusan..kerana amanah telah aku tawar kan .aku melalui dua simpang yang menyakitkan antara nak atau taknak...dari awal bos dah ingat kan kalau tak boleh tak apa.tapi dengan ego aku.aku buat jugak.kerana nak mencapai cita2 itu.namun diri sendiri yang merana.kerana dengan sikap yang memaksa diri sendiri..'duit boleh di cari bila2 masa,tapi kesihatan kita tidak boleh menjamin kan apa2'

'Langit aku pernah lelah untuk mengapai mu.tapi tidak kali ini'

Ahad, 26 Oktober 2014

Wey2

Pondok pak ya kesah benar

Asalammualaikum.

Kesah benar ini amat menyayat hati.jika kita ketahuinya.kesah2 yang menggugurkan air mata serta keinsafan,

GUAR CEMPEDAK: Tragedi kebakaran yang menggemparkan negara, 25 tahun lalu di di Padang Lumat, Kedah masih terpahat di sanubari mereka yang melaluinya.

Kebakaran Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 itu mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 pelajar sekolah itu terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis dan jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya".

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar mengenai kisah duka ini tetapi yang pastinya ia tidak mungkin dapat dilupakan kalangan ahli keluarga mangsa yang terkorban tambahan pula mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dengan peristiwa hitam itu.

Menyedari hakikat itu, Astro telah menayangkan sebuah telefilem berjudul 'Pondok Pak Ya' arahan Wan Hasliza berdasarkan kisah benar yang berlaku itu.

Telefilem ini juga memuatkan beberapa fakta mengenai kebakaran sekolah tersebut dan anak saudara kepada salah seorang mangsa kejadian turut berlakon dengan memegang watak ibu saudaranya.

Bagi memperingati tragedi 25 tahun lalu itu, sekumpulan sukarelawan daripada kelab Kindness bersama 27 shuhadah mengedarkan tasbih kepada pelajar-pelajar bertujuan menggalakkan mereka untuk berzikir serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad SAW.

Menurut Pengarah Projek Kindness cawangan Pulau Pinang, Rasselan Kasiman menerusi program yang di beri nama "kineutas tasbih beri seribu makna" ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta dan kasih kepada agama Islam dan tanggungjawab ini seharusnya dipikul semua pihak.

Pada program itu mereka telah menyumbangkan kira-kira 750 utas tasbih dan 150 buah buku doa dan zikir untuk di edarkan kepada setiap pelajar sekolah terbabit.

Katanya Kindness membeli sejumlah tasbih buku doa terbabit menerusi hasil wang kutipan daripada ahli-ahlinya tanpa meminta sumbangan daripada mana-mana pihak.

"Selepas saya tengok telemovie pondok Pak Ya jadi terus terbuka hati nak buat dekat sini lah..di tv..daripada situ saya cuba buka peluang untuk orang ramai siapa nak bagi sumbangan tasbih..pada mula nya saya hanya sasar 200 tasbih tapi Alhamdulillah saya dapat 750 tasbih," katanya.

Sehubungan itu pihak sekolah juga berharap lebih ramai individu atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain datang memberi sumbangan kerana sekolah tersebut memerlukan lebih banyak sumbangan terutama kemudahan untuk belajar seperti buku doa dan zikir.

"Harapan kita pihak sekolah berharap supaya lebih ramai lagi pihak pihak memberi sumbangan kepada pihak sekolah dalam pelbagai aspek sama ada kewangan bantuan lain yang diperlukan di sekolah," kata Aza Mohd Noh yang merupakan salah seorang guru sekolah tersebut.

Sementara itu, bagi pelajar walaupun sumbangan ini hanya seutas tasbih namun impaknya terlalu bermakna buat mereka dalam mengenang kembali tragedi yang meragut nyawa para-para syuhadah di tanah tempat mereka mengejar ilmu baik duniawi mahupun akhirat.

"Saya nak ucap terima kasih pada pasukan 27 syuhada kerana sudi datang ke sekolah kami yang memberi satu tasbih kepada kami walaupun kita dapat satu saja tasbih tu tapi kegunaan dia banyak sangat dan memberi manfaat dia, tasbih tu insyAllah kami amalkan selepas solat fardhu dan ataupun dimana saja dengan mengunakan tasbih tu kami boleh sedekahkan zikir-zikir kami, al fatihah kami kepada orang yang telah meningal dunia," kata Nurul Hawana Abdullah

Bagi Ketua Pelajar sekolah tersebut, Mohamad Amar Jaafar, biarpun sumbangan tasbih itu kecil tetapi ia tetap memberi kebaikan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.

"Seutas tasbih walaupun benda tu kecil tapi kebaikan ada sebab apa benda benda yang baik ini ada kebaikan dia dan akan dapat ganjaran yang Allah janjikan, kalau ada kawan atau sahabat kita atau saudara kita terima benda ini dia beramal dengan benda tu, dia beramal sampai dia tua ada anak pun pahala dia bagi kat orang lain akan berterusan sebab benda ni sedekah," katanya.

Dalam pada itu pihak sekolah juga turut membawa wakil daripada Kindness bersama-sama pelajar menziarahi kubur para 27 syuhada di tanah perkuburan batu 16, Padang Lumat, Yan.




Pondok Pak Ya: Tragedi Tragis 22/9/89

    Promosi dan hebahan tentang program yang berlangsung hari ini telah beberapa lama aku ketahui. Andai sahaja aku masih berada di Kedah, mahu sahaja aku turut bersama mereka, menyaksikan pengkisahan semula tragedi tragis yang berlaku 22 tahun yang lalu.



    Nama Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah bukanlah sesuatu yang asing bagiku. Aku akan melintasi kawasan sekolah ini setiap kali pulang ke rumah keluarga angkat di Jeniang, Sik. Lebih dikenali dengan gelaran Pondok Pak Ya, sekolah yang terletak cuma 4 batu jauhnya dari sekolahku (SMA Nahdzah) ini pernah aku kunjungi beberapa kali. Terletak di batu 16 Padang Lumat, Pondok Pak Ya juga seperti Pondok Pak Man (SMA Nahdzah) yang menjadi pilihan ibu bapa di sekitar Kedah bagi menghantar anak-anak mendalami ilmu agama.

    Sejarah penubuhan bermula pada tahun 1910-an oleh Tn. Hj Hussain Nasir atau lebih dikenali sebagai Tn. Hussain Kedah al-Banjari sebelum dikelola oleh Tuan Guru Hj Yahaya Junaid (Pak Ya Junid) dan dirasmikan pada tahun 1942.

    Selama hampir satu abad berdiri megah menongkati perjuangan menyebarkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi,siapa menyangka bahawa di sebalik namanya yang harum, ada satu tragedi ngeri yang sehingga kini diingat dan dikenang bukan sahaja oleh pelajar dan bekas pelajar Pondok Pak Ya, tetapi juga oleh seluruh penduduk Kedah amnya.

    Peristiwa kebakaran asrama puteri pada 22 September 1989, satu tragedi yang meragut nyawa 27 orang puteri dalam sekelip mata. Dalam api yang menjulang, tiada siapa yang mengetahui sekuat mana teriakan dan tangis mereka, berusaha untuk menyelamatkan diri dan satu sama lain. Masih ada goresan pilu di hati mereka yang turut sama merasakan nyalaan api membara, 22 September pada 22 tahun yang lalu. Hingga hari ini, peristiwa ngeri itu masih dalam ingatan seluruh warga Pondok Pak Ya. Malah hingga hari ini, masih ada ibu yang menanggung rindu, ayah yang menangis pilu, sahabat yang hilang teman dan guru yang hilang pelajar harapan.

Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan
Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa

Suasana di tapak kebakaran
Serpihan anggota badan mangsa....ALLAHUAKBAR
Keratan akhbar berkenaan tragedi ngeri 22/9/89

    27 puteri, syuhada' yang dikenang, sehingga sekarang nama mereka terus abadi dalam lipatan sejarah sebuah Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah. Di pusara mereka yang mengharum, terkubur bersama impian dan harapan yang kini menjadi doa yang dititipkan saban waktu.

Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah, bt 16 Padang Lumat



    Usaha murni pihak pentadbiran Pondok Pak Ya bersama alumni sekolah mengadakan majlis memperingati tragedi ini, di samping menziarahi keluarga mangsa-mangsa kebakaran amat wajar diberikan penghargaan.

    Al-Fatihah buat 27 Syuhada'... 

Rabu, 22 Oktober 2014

Aku Kembali

Asalammualaikum.

Seperti mana berlaku cerita nya tetap sama..kepuncak kebahagian semakin gelap jalan untuk bersama.bukan kah sudah di permudah kan segala urusan.ni lah cabaran dan ujian dalam kehidupan. Hari demi hari aku terasa senang dan gembira.perkara paling aku takut adalah kehilangan nye.tetapi aku sedah cinta adalah pengorbanan.dan itu aku sanggup jika dapat melihat dia lebih berhak bahagia walau pun bukan dengan ku.

Dahulu nya aku telah meninggal kan nya.sekarang aku mencari nya.betul ke cara ku.?dia ada tidak ke mana.tapi kali ini dia mcam terpaksa untuk besama ku.adakah aku yang memaksanya atau pun dia sengaja supaya tidak mahu ada yang terluka..luka yang lama tidak sembuh lagi.tertapi datang luka yang baru..hati hanya untuk sandiwara?bukan kah kejujuran yang di perlu kan untuk mengubat luka itu..persoalan terlalu banyak di dalam fikiran.membuat kan langkah ku terhenti seketika.cinta yang aku harap.mungkin tidak akan datang..malah di jaga hanya untuk tujuan..menjaga luka lama yang belum sembuh.

Aku kembali kerana tersedah dengan teguran ilahi.dia telah memberi aku jawapan untuk semua persoalan yang aku tak tahu jawapan nya dulu.ckup lama aku kendong hati ini besama cinta mu..aq sedar siapa aku..indah itu sementara.tpi pahit itu tetap kekal di sni.setiap minit.saat dn hari.aq menunggu berita dan jawapn mu.supaya dapat menuruskan langkah ini ke arah yg benar2 hujud tidak la cuma impian yg tidak nyata..

Kau berdiam.senyap seribu erti..aku mungkin tlah bergitu memaksa mu .kau tidak senyum.tertapi terpaksa melakukn nya.untuk menjga hati..kau pun mengharap kn smua ini mimpi.tetapi nyata ini bukan ilusi.aq ada di sni..bukan kah aku cuma bersama bayang2 mu? Bukan kah aku hanya tepuk sebelah tangan?
Aku mula bertanya soalan2 yg kau tidak ingin dgar.ini lah sikap ku yg membuat kan kau terus menjauhi aku.aku amat menyedari..kau tidak bahagia besama ku..

Aku terbaca di hati langit..

Masa

Tonton "Masa buy amat" di YouTube - Masa buy amat: http://youtu.be/1nkhT09sqjs

Tajuk-masa
Ciptaan-azizi

Lagu ini di ilham kan dripa a,n,a. Ad kesah nya..zaman skolah.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Patah tumbuh hilang tak berganti

Asalammualaikum..

Restu air mata ini mengalir kita menulis..sebak dan pilu makin terasa jika memikirkan nye.jiwa yang tenang hampir tidak tenang.seolah-olah baru sekejap tadi kita berjenaka..kegembiraan itu tidak lama..dan kepahitan itu tidak tunggu..cinta?seseorang yang jatuh cinta ,otak nya akan mengeluarkan pelbagai2 sel2 emosi..terutamanya bahagia.

Jika tidak dapat mengawalnye maka akan hancur lah cinta kerana kebahagian..
Ku belari dengan bayang-bayang ku sendiri..aku cuma gembira dengan diri aku dan bukan nye dia.tapi aku tidak sedar tentang nya..aku mahu kan kejujuran tapi aq tak pernah jujur kat diri aku..aku mahu keiklasan tpi aq x pernah tahu mcm mana iklas to..menyendiri dan terus berfikir..

Termenung jauh aku di sini menjadi sunyi bila cipta nya lagu sulong ku.aku memerhati dan menanges sambil kertawa kan diri sendiri..cinta tidak lagi terlaksana.tapi hati sanga. Memaksa.aku cuma aku.dan aku azizi.cuma sebuah cerita..

Khamis, 16 Oktober 2014

Ujian

Asalammualaikum.

Biru-dalam perjalan ke kuala lumpur..jam 9 pagi.tersangat awal.hari ini aku keluar dari johor..udara masih nyaman untuk di hirup.matahari pun panas2 suam lagi..kesakitan ini membuat kan aku merasa aku baru hidup..lesu badan ni.aku berdiam kan diri..di sana aku akan sentiasa melihat keindahan ciptaan allah yang sempurna.kehijauan gunung2.serba warna warni bunga2.awan2 yg cantik berarak.yang utama.langit kebiruan yang sangat luas..hati-kalau lah aku boleh gapai langit tu...aku merasa kan angin2 yang bertiup sayu..huuu sedap nye..terasa..walau pun badan tidak lagi kuat..aku masih gembira kerana masih berpeluang untuk bernafas dan melihat suasana yang indah ini.syukur ku ucap kan..

Perjalanan malam tadi.ibarat aku berperang dengan kematian..kesakitan yang ku rasa.allah je yang tahu.aku tidak faham.apa yang berlaku.segala nya menjadi kucar kacir ketika itu.aku menelan beberapa bijik ubat yang telah di berikan oleh dokter..sebelum ini tidak pernah terjadi seperti ini.aku merasa gentar akan nya..
Terbaring aku di tempat yang sempit ini..berpeluk tubuh .aircord dah di buka .badan masih berpeluh..gelisan yang datang menjadi kan ku tidak tentu hala di sini..pandangan ku makin kabur..air mata mengalir tanda berdosa.aku tidak lepas dari amal kan surah2 di al,quran..terdesak nya aku.sehingga lah aku terlena..

Berfikir.terlalu banyak.membuat kan aku terjatuh.aku tidak tahu dan tidak faham dengan apa yang aku fikirkan...cuma merindui kan nya..