Halaman azizi

Ahad, 14 September 2014

Masak lemak cili api

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk masak lemak cili api (untuk 6 ketul ayam)

 

Daging ayam yang siap dibasuh dan ditoskan15-20 biji cili api - ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)1 inci kunyit hidup - ditumbuk juga bersama cili api1 batang serai - dititik sahaja1 keping asam gelugor (asam ni sesuai kalau awak nak kuah masak lemak ni masam sikit. kalau taknak pun takde hal)1 helai daun kunyit dihiris1 kotak santan kara (malas nk perah santan. guna santan kara pon sodap)Air 1 cawanGaram secukup rasa

 

Cara-caranya :

 

Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah lemak tak rasa hanyir ayam tu. Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan sekejap je. Then angkat jap ayam bersama cili dan serai tadi. ketepikan sekejap

 

Okay. Fasa ke-2, panaskan santan sahaja dalam periuk. Panaskan dengan api kecil hingga santan menggelegak.

 

Kemudian masukkan ayam yang telah digaul bersama cili api,kunyit dan serai tadi ke dalam santan atas api kecil tu. Masukkan sedikit air ikut kesesuaian. Kacau - kacau - & teruskan mengacau. Jangan bagi santan pecah. Masukkan asam keping (kalau nak rasa masam2. kalau tak masukkan pun still lagi sedap)

 

Masukkan garam dan lastly masukkan daun kunyit yang dah dihiris tadi..

Siapppp !!! 

Harap2 bakal isteri saya pandai masak mcm ni.hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan