Khamis, 13 September 2018

Cara Jadi pelaut/ kerja kapal



Saya berminat untuk jadi Kapten - Chief Engineer di kapal yang besar tu,tapi mcm mana caranya?

Lebih 50 tahun Malaysia telah melahirkan pelaut-pelaut moden yang cekap,berilmu dan hebat di puji seluruh dunia.Namun seperti yang saya kongsikan sebelum ini,pelaut adalah pekerjaan yang tidak popular di Malaysia.Mungkin salah satu sebab adalah kurangnya perkongsian info dari pelaut sendiri.Jikalau politik di negara kita sibuk bertelagah dengan lain bangsa,kenegerian,lain pula cerita atas kapal,crew Malaysia bersama-sama dalam menjaga nama baik tanah air yang digalas (macam duta bro) kerana sesebuah kapal itu rata2 mempunyai lebih dari 1 crew nationality seperti mat saleh,filipino,indonesia dan india.Oleh kerana kecekapan dan kualiti oleh pelaut Malaysia terdahulu,ilmu pengetahuan dan pengalaman yg mereka kongsikanlah yg mencorak pelaut generasi kini dan selanjutya.

Zaman kini yang mengikut era modenisasi dan standard antarabangsa di bawah pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (UN)- keselamatan manusia,perlindungan pencemaran dan sekuriti adalah diantara perkara yang termaktub.Malaysia adalah salah satu dari 193 negara di dalam United Nation dan ahli dalam International Maritime Organization (IMO).Justeru itu standard pengeluaran Certificate Of Competency (CoC) pelaut Malaysia adalah berdasarkan regulasi antarabangsa.

CoC adalah lesen kekompetenan yg wajib ada pada setiap pegawai untuk melayakkan mereka memegang jawatan di atas kapal mengikut berat dan size,kuasa engine dan had pelayaran kapal tersebut.

Industri maritim adalah sangat besar dan menjana pendapatan negara berpuluh billion ringgit setiap tahun.Tetapi selama kita Merdeka hingga kini,industri perkapalan Malaysia masih lagi menggunakan tenaga kerja dari warga asing,lebih2 lagi untuk jawatan2 yang tinggi di kapal.Di ingatkan sekali lagi kapal terdiri dgn pelbagai jenis dan memerlukan pelaut sesuai dgn pengalaman di atas jenis kapal tersebut.
__________________
Lesen kekompetenan untuk pegawai yg dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia adalah spt berikut.

Certificate Of Competency (CoC) UNLIMITED
 -Tiada had pelayaran untuk Officer & Engineer.

Certificate Of Competency (CoC) NEAR COASTAL -Dengan had pelayaran untuk Officer & Engineer.

Certificate Of Competency (CoC) DOMESTIC
-Dengan had domestic pelayaran untuk Officer & Engineer.

Google :

certificateofcompetencymalaysia.blogspot.com
(credit to owner)

__________________

Saya akan huraikan sedikit sebanyak langkah entry untuk menjadi Deck Officer dan Marine Engineer dengan CoC UNLIMITED.

1. Anda mestilah mempunyai keputusan akademik yang baik dalam peperiksaan (maths & science)

2. Attitude yang bagus,Mental yang kuat dan berdisiplin,kesihatan yg baik,berminat untuk belayar dan punyai nilai berdikari.

3. Syarat kemasukan adalah seperti yang dinyatakan oleh akademi2 itu.Sorry,tidak dapat dinyatakan sebab saya tak kerja dkt akademi.

4. Kos yang makan berpuluh ribu ringgit.Jika anda bertuah,anda akan dapat tajaan (scholarship) keseluruhan kos oleh syarikat perkapalan seperti MISC Berhad, AET dan terus berkhidmat pada syarikat tersebut atas terma dan syarat.Juga jabatan2 lain ada menyediakan scholarship spt JPA,FELDA dan juga pinjaman PTPTN.

Setelah anda berjaya enroll ke dalam akademi tersebut untuk Diploma In Nautical Studies (DNS - Deck) atau Diploma In Marine Engineering (DME - Engine).Anda akan memulakan tempoh pembelajaran selama lebih kurang 3.5 tahun.

Tahun Pertama : Akademi : Asas perkapalan.

Tahun Kedua    : Laut : Belayar untuk lengkapkan required seatime selama 12 bulan sebagai Cadet.

Tahun Ketiga    : Akademi : Lengkapkan pembelajaran Diploma,ujian bertulis (written) dan penyediaan ujian lisan (oral) dengan Jabatan Laut Malaysia.

**Semua ujian dan requirement adalah tertakluk kepada standard Akreditasi Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia.Tempoh pembelajaran bergantung pada akademi course schedule.

Setelah anda melepassi semua di atas, bersyukurlah anda telahpun berjaya memegang Diploma & COC Watchkeeping Officer/Engineer Unlimited Voyage atau juga dikenali sebagai COC Class 3 dari Jabatan Laut Malaysia dan mengalas tanggungjawab yg diberi kepercayaan kpd anda.Dengan COC ini anda layak memegang jawatan dari Junior Officer/Engineer hingga ke 2nd Officer/3rd Engineer. 1 atau 2 balak di bahu.

Menuntut ilmu bukan terhenti di situ,malah sampai mati pun ilmu tak akan habis dipelajari.Ilmu teori dan asas perkapalan di akademi tidaklah merangkumi semua aspek ACTUAL pekerjaan di kapal,lebih banyak lagi perkara dalam industri yg sy tak mampu untuk list down.Tanggungjawab yg berat dalam menjaga keselamatan nyawa,kapal,harta dan cargo bernilai ratusan juta ringgit bukanlah perkara yg remeh atau main2.Bila anda telah menjadi pegawai,jangan dilupakan ratings (under rank) juga adalah bawah tanggungjawab anda.

Untuk mendaki gunung kita perlukan pengalaman,sama juga untuk mendaki naik ke pangkat teratas.Dengan sea service yg cukup,kebolehan,kualiti yang bagus,pengalaman,kompetensi dalam melaksanakan tanggungjawab dan paling penting REZEKI akan terus melayakkan anda naik pangkat sehingga capai title Captain atau Chief Engineer.

Untuk info selanjutnya dan untuk jawatan2 lain di kapal,alangkah baiknya anda sendiri terus contact akademi dan pusat2 yg dinyatakan di bawah,gunakan google dan fb search untuk maklumat lanjut.

Antara akademi yg melahirkan pelaut di Malaysia:

1. Akademi Laut Malaysia (ALAM) - since 1977
    www.alam.edu.my

2. Politeknik Ungku Omar (PUO) - since 1972
     www.puo.edu.my

3. Pelita Akademi - since 1998
     www.pelitaakademi.com

4. Sarawak Maritime Academy (SMA) - since 2008
    www.sma.edu.my

5. RANACO - since 1984
     www.reti.edu.my

6. UniKL MIMET
     www.mimet.edu.my

Antara pusat latihan yg menyediakan kursus perkapalan dan offshore industry :

1. SEQU  - sequoffshoresafety.com

2. Seamaster - www.seamastertraining.com.my

3. BSTS - bsts.org

4. CME - www.cme.net.my

5. Polaris - polarismaritime.wordpress.com

6. TSTC - mytstc.com

7. CONSIST - www.consist.com.my

Disclaimer : perkongsian ini dibuat bukan untuk keuntungan mana2 pihak pusat akademi latihan.
Hanya sekadar info asas.

Dipersilakan share untuk manfaat nusa bangsa Malaysia generasi kini dan selanjutnya.


Tiada ulasan: