Jumaat, 14 September 2018

dua jiwa satu hati

'Tercuba Untuk Memetik Lalu Direlakan Untuk Disunting Tapi Tiba Suatu Detik Cinta Ku Hanya Serapuh Ranting.. Katamu Terhenti Di Situ.. Tanpa Alasan Cinta Di Tolak Tanpa Bicara Aku Terkaku Bila Cinta Terlerai Tiada Talak Kau Ucap Cukup Disini Untuk Capai Si langit Biru.. Aku Terdiam Sehingga Kini Rupanya Kau Rencana Insan Yang Baru..'


Asalammualaikum..

kali ini nak cerita pasal satu kisah yang terjadi pada sahabat saya sendiri yang mungkin kita dapat ambil sebagai pengajaran dan iktibar pada masa akan datang.kisah ini bukan lah rekaan semata2 tapi ini adalah dari cerita atau kejadian yang benar2 berlaku..
  
  amin[bukan nama sebenar]berasal dari banting selangor yang merupakan anak tunggal dalam keluarga.pada tahun 2018 amin berumur 25 tahun bekerja sebagai pemandu lori..pada usia 23 tahun dia telah pun menyunting sekuntum bunga untuk menjadi wangian di dalam hidup nya.pada awal nya semua nya kelihatan indah belaka dan manis ibarat madu tiada tapisan..namun bergitu kehidupan sebagai manusia tidak akan selalu nya indah dan manis bergitu..kisah ini bermula bila saya mendapat tahu dari seorang rakan yang amin sudah pun tiada pada awal agos yang lalu..meninggal akibat kemalangan jalan raya di arah selatan' pagoh'..sebak dan hampa bila teringat pada june yang lalu bila dia berkata"aku takda nanti  rajin2 lah tengok kan anak aku'..bagi aku kata2 yang keluar dari mulut dia cumalah gurauan semata2 ..

 [ kesah 1]
    
   Sebagai seorang anak tunggal dalam kelurga yang serba kekurangan ..amin menjadi tulang belakang di dalam kelurga setelah ayah nya di sah kan menghidap diabetes dan terpaksa memotong kaki sebelah kanan..maknya pula menjual nasik lemak di hadap rumah setiap pagi..amin pula jarang di rumah kerana selalu outstation ke johor dan pineng..isteri nya fika[bukan nama sebenar] bekerja di kilang sebagai operator keluaran...perkenalan mereka berdua tidak lama cuma 7 bulan sebelum mereka menikah dan selepas itu barulah semuanya terjadi..

    amin seorang yang sangat busy dengan kerjanya..adakala pergi subuh pagi dan balik nya tengah malam dan ada kalanya pergi berhari2 meninggalkan keluarga..namun bergitu tanggung jawap seorang suami dan seorang anak tidak pernah dia lupakan..setelah lahir nya anak pertama amin bekerja lebih masa kerana kos sara hidup makin tinggi setiap bulan perlu bayar rumah,api,air,kereta,moto, wang saku isteri.dan mak ayah..dia sorang yang susah untuk meminta pertolongan dari kawan2 dan juga saudara2nya..kerana dia akan lakukan apa saja demi kebahgian orang lain dari dirinya sendiri..ini adalah kenyataan dan bukan cuma kata2 aku yang sangat menyanjungnya.


   'semua nya indah belaka sampai lah'
amin terlalu busy bekerja dan kurang ada masa untuk isteri dan anak..awal tahun 2018 malam tahun baru amin terpaksa pergi ke johor bharu atas arahan yang di beri..dengan masa yang sama amin sudah pun berjanji untuk membawa anak dan isteri keluar untuk menyambut tahun baru bersama2 di luar kota..tapi apakan daya wang yang di tawarkan lebih dari biasa yang selalu amin dapat..so petang to amin berani kan diri beri tahu fika tentang semua tu.dan macam biasa perempuan..marah merajuk angin satu badan..tapi amin buat semua untuk fika dan anaknya..okay nak di jadi kan cerita..malam amin keluar tu fika dengan keadaan marah angin dan ego dah pun menabur racun tanpa sedar dalam keluarga kecil mereka..
  aziq[bukan nama sebenar] dia ex boyfriend fika dan satu tempat kerja..aziq bekerja sebagai pembantu pemasaran di tempat nya .walaupun ex boyfriend aziq dan fika masih berkawan di tempat kerja..malam tu..fika dengan perasaan sedih and kecewa ingin mencari tempat mengadu dan dia telah pun membuat satu kesilapan yang terbesar dalam hidup dia.
  fika menghubungi aziq dan mengadu nasip yang menimpa nya pada malam itu..sampai lah aziq menawar kan diri untuk bawa fika keluar untuk menyambut tahun baru bersama2.pada malam itu fika pun tanpa memikir panjang akur dengan ajakan aziq dan menghatar anak nya kerumah orang tua fika.dan meminta adik fika merasia kan semuanya dari amin...so bermula nya dari malam tahun baru sampai lah terbiasa fika keluar secara senyap2 bersama aziq..
  selepas pada hari itu fika berperangai pelik dan tidak seperti selalu yang hormat kan suami nya yang sayang kan anak nya..selalu balik lewat..selalu busy..selalu marah kan anak..amin tersedar dengan semua perubahan fika lalu amin menceritakan kepada aku dan meminta sedikit nasihat pada rakan2..
  lalu apakan daya kami cuma rakan2 yang mampu mendengar dan memberi nasihat dan dia adalah jawapan semata2.kerana dia adalah ketua keluarga dan seorang suami..kami cuma mampu simpati pada dia dan tidak dapat berbuat apa2..

 sebulan lebih sebelum amin pergi meninggal kan kami,dan keluarganya
pada june hari raya makin tiba seminggu sebelum raya aku pulang ke kampung halaman untuk bersama2 kelurga tersayang..seminggu yang padat bagi aku..mcm biasa aku akn pergi singgah semua tempat yang pernah aku bergelak tawa bersama rakan2..mlm puasa ke berapa aku tak ingat aku pergi bersama kawan aku lan ke mamak ingin bertemu amin dan jugak joi kat situ lah amin mengadu nasip kepada kami dan di situlah dia cakap pada kami'kalau aku dah takda nanti rajin2lah tengok kan anak aku'

  masalah makin serious bila fika kantoi pada raya ke 5 bila amin mahu berangkat ke tempat kerja..si aziq datang ke rumah tanpa segan silu di ajak oleh fika sendiri,bila tiba di tempat kerja amin terasa sesutu yang amat mencurigakan hatinya terasa sesuatu yang sangat tidak kena dan amin membuat keputusan untuk pulang lebih awal pada hari itu dan bercadang untuk bawak anak bininya ke rumah mertua...bila tiba saja di rumah amin nampak kereta yang parking depan rumah nya dan terasa pelik..kerana sebelum ni jika sesiapa yang datang ke rumah fika akan beri tahu amin terdahulu..tapi amin masih bersangka baik mungkin kereta jiran sebelah yang tumpang parking biasalah rumah teres..bila amin masuk je rumah amin nampak aziq sedang berbaring di ruang tamu tanpa memakai baju dan cuma berseluar pendik.manakala fika di dapur..
  amin sama sekali tidak terdaya dengan apa yang terjadi tanpa banyak kata. amin berlari ke aziq dan memukul aziq dengan keadaan marah yang teramat sangat dan di saat itulah fika mengis menjerit meraung suruh amin lepaskan aziq dan minta amin ceraikan fika.bila perkataan'ceraikan aku'keluar dari mulut fika amin terus berhenti memukul si aziq dan aziq lari keluar masuk ke kereta...amin menarik nafas dan keluar memanggil jiran sebelah untuk dtg ke rumah nya..sambil mendukung anak amin di saksi kan oleh 3 org jiran di situlah amin ceraikan fika dengan talak 3...

  mungkin mudah kita berikan hati dan cinta pada orang lain tapi belum pasti mudah bagi orang lain untuk terima hati and cinta kita dengan mudah semua yang terjadi pada arwah semua nya telah di kongsi oleh arwah sendiri pada kawan baik nya abu dan abu telah pun berkongsi pada kami..anak arwah sekarang bersama org tua amin dan bekas bini arwah tidak dapat di kesan hilang tanpa berita selepas kalah dlam mempertahan kan hak jagaan anak yang dapat kepada amin..
 kita kerja keras mana pun kita kerja kuat mana pun untuk orang lain tetap orang lain akan pertikaikan yang kita ni sayang or tak kat dia. kita ni takecare or tak pada dia..hidup ni kena ada sifat bertimbang rasa dan saling memahami antara satu sama lain..kena percaya satu sama lain..jangan buat kepercayaan tu satu kesempatan untuk membunuh masa depan orang lain contohnya anak2..

  so kat sini poin nya yang aku nak sampaikan adalah,tolong lah wey jangan pandang belakang bila kau ada masalah. jangan cuba mencari oarang lain untuk kau mengadu masalah yang ada  dalam rumah tanggakau..kau patut selesaikan sendiri bersama pasangan dan bukan nya orang lain..cuba mengalah dalam perbahasan rendahkan ego supaya benda yang retak tidak terus pecah..sekurang2nya bila retak kita ada harapan untuk membaik pulih..tertapi bila pecah amat sukar dan rumit untuk kita perbaikinya lagi.x semua dalam perhubungan dan perkahwinan ini indah macam dalam tv..kadang ade pasang surutnyanya maka kita kenalah saling bertimbang rasa antara satu sama lain supaya sentiasa harmoni.

 "kita bukan nya hidup sorang dalam dunia ni ada hati yang perlu kita jaga"
Alfatiha pada arwah..semoga roh nya di tempatkan bersama orang2 yang beriman..

Tiada ulasan: