Rabu, 10 September 2014

Aq ramai kwn p.p

Bila lelaki or bf korang ada kawan perempuan

Bercerita soal lelaki tak kira laa lelaki keras atau lelaki lembut sama je. Lelaki ni memang suka berkawan dengan ramai orang, samaada kawannya itu sejantina atau pun sebaliknya. Berkawan pun salah tak berkawan pun salah, habis nak buat apa? Camooon laa girls. Jangan mudah melatah bila lelaki mempunyai kawan perempuan. Ini tidak, bila lelaki mempunyai kawan perempuan y'all cakap lelaki gatal. Habis tu yang perempuan berkawan dengan lelaki? Perempuan gedik ke.. haha

Disebabkan benda ni 'berkawan lain jantina' kadangkala ia di salah erti oleh pasangan yang bercinta atau yang dah exp date bercinta (alam perkahwinan). Adakalanya ‘tuduhan’ yang di lemparkan boleh membuatkan perhubungan terbina rapuh dan akhirnya runtuh. Jangan jadi begitu girls!

Relax. Ini sepatutnya perkara yang perlu dilakukan bila pasangan mempunyai kawan perempuan yang ramai. Engat pesan atok Am jangan bergaduh..jangan bertindak melulu..jangan cuba mengorat atok Am.

1-YAKIN DAN PERCAYA PADANYA
Kunci sesebuah hubungan berkekalan hingga ke jinjang pelamin ialah adanya kepercayaan dan keyakinan dalam perhubungan. Tak perlu fikir sesuatu yang buruk dan melebihi dari batasnya. Kerana ia akan memberi kesan pada perasaan dan hubungan. Anggap sahaja mereka berdua mempunyai hubungan sebagai kawan sahaja tidak lebih dari itu.

2-KENALI SIAPA KAWANNYA JUGA
Adalah lebih baik jika kawannya itu juga kawan kamu. Sekurang-kurangnya kamu tahujuga apa yang mereka berdua sering borakkan bersama. Malah sedikit sebanyak mengurangkan sedikit rasa cemburu membabi buta kamu yang membuak-buak itu.

3-JANGAN TERLALU CEMBURU
Jangan tunjukan kelemahan kamu dengan cemburu. Lelaki ni paling menyampah perempuan yang tinggi sifat cemburunya. Mereka suka dan selesa dengan perempuan yang lebih memahami dan tidak mengongkong mereka. Cubalah bertindak natural, jangan terlalu ikut perasaan. Okey!

4-LEBIHKAN WAKTU BERSAMANYA
Kadang kala, bila kamu terlampau sibuk hingga tiada masa dengan pasangan boleh menyebabkan si dia mula rasa bosan dan sunyi. Oleh itu, mereka akan cuba cari ‘kawan baru’ untuk mengisi ruang kosong yang ada dalam hati. Jadi, untuk mengelakkan daripada sesuatu pekara yang tidak di ingini berlaku lebih baik kamu lebihkan waktu bersamanya dan jangan biarkan pasangan rasa sunyi.

Huhuhuok lah tu.jari keras dah.

Tiada ulasan: