Persoalannya bagaimana nak jimat semasa kahwin.? Apakah perkara-perkara nak diambilkira. Berikut adalah beberapa cadangan perkara-perkara yang perlu diambilkira semasa membuat anggaran bajet untuk majilis perkahwinan.
Jum kita simak kejap
1. Kursus kahwin. Perlu disertai sebelum kahwin. Penting. Tak dapat sijil kursus kahwin mengundang satu masalah pada ketika ini. Ianya sesuatu yang MESTI diperolehi. Bergantung kepada negeri-negeri di Malaysia, secara puratanya ia melibatkan perbelanjaan RM100. Perkara ini tak boleh jimat.
2. Mas kahwin dan wang hantaran. Kedua-dua perkara ini adalah wajib. Jumlahnya pula berbeza-beza. Kebiasaannya kedua belah pihak lelaki dan perempuan akan bertolak ansur dalam hal ini. Namun tidak dinafikan bilamana ada pihak perempuan meminta hantaran yang agak tinggi, pihak lelaki terpaksa menerima bebanannya. Berdasarkan pepatah melayu 'ukur baju di badan sendiri', jumlah hantaran pada dasarnya bergantung kepada kemampuan dan budi bicara kedua belah pihak. Oleh itu sebelum nak terfikir berbelanja lebih dicadangkan kedua-dua pihak berbincang secara terperinci apa, berapa bajet yang terlibat. Bilamana kata putus tercapai, semestinya jumlah perbelanjaan mas kahwin dan hantaran ini dapat dijimatkan.
3. Upah Juru nikah dan Tok Kadi. Bab ini juga amat dititikberatkan. Tanpa bab ini tak kahwinlah si pengantin. Upah sekitar RM80 disediakan. Namun adalah lebih baik pemilihanan Juru nikah dan tok Kadi adalah dikalangan saudara mara yang berkelayakan. Atas dasar bantu membantu. perbelanjaan juga dapat di jimatkan.
4. Barang hantaran. Pada masa sekarang barang hantaran perkahwinan jauh lebih mahal harganya berbanding dengan bajet yang perlu disediakan pada masa dahulu.
5. Gubahan hantaran. Setiap majilis pertungan atau perkahwinan akan nampak lebih meriah jika dihiasi dengan barang-barang hantaran yang digubah indah. Hantaran yang digubah sendiri akan mengurangkan banyak belanja dalam hal ini. Tetapi bagi mereka yang mempunyai bajet lebih, mengupah orang luar untuk menghias barang-barang hantaran ini, akan memberi ruang kepada para pengantin untuk memikirkan perkara lain yang berkaitan.
6. Cincin atau barang kemas. Bajet untuk Cincin dan barang kemas dipilih berdasarkan kepada kesesuaian range bajet perkahwinan. Dengan mengabaikan tabiat menunjuk-nunjuk, selalunya perkara ini dapat diselengarakan dengan baik.
7. Mak Andam. Jika anda ingin lebih jimat, disarankan anda ambil pakej yang disertakan dengan pelamin, alas dulang, dulang hantaran, baju bersanding dan aksesori. Dengan hanya mengambill khidmat Mak Andam secara berasingan, pastinya nanti anda akan dikenakan bayaran yang lebih mahal.
8. Pelamin. Bagi bab pelamin ini, adalah dinasihatkan untuk meluangkan masa melakukan survey bagi mendapatkan harga yang paling berpatutan dan menjimatkan. Walaupun masa yang diambil terlalu lama untuk buat survey, hasilnya anda sendiri juga akan puas hati. Pada dasarnya, memang terdapat banyak butik di luar sana yang menawarkan harga-harga yang lebih berpatutan dalam masa yang sama dapat memenuhi kehendak anda.
9. Bunga telur dan door gift. Anda boleh jimatkan kos dengan lakukan sendiri. Self made nampak lagi unik mempunyai makna yang berbeza. Beli bahan-bahan dan jemput sanak saudara atau ahli keluarga bergotong-royong untuk sediakan bunaga telur dan door-gift ini. Secara tidak langsung ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan.
10. Katering dan kanopi. Tetapkan bajet anggaran makanan yang ditempah melebihi sedikit daripada jumlah tetamu anda. Ini bagi mengelakkan masalah tak cukup makanan dan diumpat oleh tetamu nanti. Carilah pakej two in one,khidmat katering yang dipakejkan sekali dengan sewa kanopi.
11. Jurufoto. Nak cari yang profesionalkosnya mahal. Dari itu carilah rakan-rakan terdekat yang mempunyai kemahiran fotografi, anda upah sahaja dia. Untuk pengetahuan anda, nak dapatkan khidmat fotografer profesional yang menelan belanja hingga melebihi RM1000.
12. Kompang. Bagi memeriahkan suasana dan nampak lebih menarik majlis bersejarah anda, anda boleh dapatkan khidmat pasukan kompang. Masukkan ini sebagai salah-satu cek-list item persediaan majlis perkahwinan anda.
13. Kad jemputan. Tidak perlu tetapkan bajet yang tinggi dan beli kad kahwin yang mahal-mahal. Pada dasarnya tujuan utama anda beli kad kahwin ialah untuk menjemput para tetamu untuk hadir ke majlis Walimatul ‘Urus anda. Lagi simple, lagi baik. persoalannya selepas majlis selesai nanti, adakah anda yakin 100% yang kad kahwin anda akan disimpan oleh tetamu jemputan anda itu untuk di buat perhiasan di ruang tamu rumah mereka?
14. Lokasi perkahwinan. Kalau anda mempunyai kemampuan dan bajet anda besar, boleh lah anda adakan di hotel atau kelab-kelab eksklusif. Jika bajet anda sederhana, memadai anda buat di dewan atau rumah anda sendiri.
Anda boleh lah jadikan poin-poin di atas sebagai cek-list dalam membuat persediaan hari bersejarah anda. Semoga panduan ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda dalam menetapkan budget perkahwinan anda.
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan