Isnin, 8 September 2014

Lost me

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang
dengan sekelip mata.
Cinta bagaikan bintang di langit
sana.
Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi
cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai
sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak
kita.
Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang
tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu
peraturan pertama bercinta!
Cinta hanya satu perasaan.
Jika diupam rasa, sarat
emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi,
jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan
kekeringan.
Cinta tidak lebih hanya satu perasaan.
Jika
salah kendali, bisa jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa hati kita.
Tuhan dengar keluhan kita.
Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita.
Di tangan dia
ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu
dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah
mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita
bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan
memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang
kita cintai.
Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat
jiwa merana.
Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita
dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati
dan perasaan.
Apalagi bila melibatkan perasaan orang
lain.
Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita
menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-
rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan.
Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa.
Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi
adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita
miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar
pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki
sampai kita mendapatkannya.
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah?
Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati
kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat
menemaninya setiap waktu ?
Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu
tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh
jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar
dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup
untuk menerangi segalanya.
Aduhai hati.

Tiada ulasan: