Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya ustaz, saya seringkali terfikir soalan ini. Couple itu haram. Jadi, bagaimanakah seorang wanita ingin berkahwin? rakan-rakan saya selalu mengatakan bahawa "Lelaki semakin sedikit, kalau dah ada yang suka atau minta couple, terima saja, takut jadi anak dara tua"...
RESPON USTAZ CINTA
Assalamualaikum wrt wbt
Soalan saudari sangat berasas, jawapannya juga mudah.
Jodoh di tangan Allah, bukan di tangan kita. Ramai yang couple, tapi tak ramai yang kawin dengan couple pertama. Lepas tukar beberapa kali couple, baru jumpa jodoh. Ada orang yang tidak pernah couple, tiba-tiba ada saja orang masuk meminang. Rupanya lelaki itu sudah merisik si gadis melalui keluarga dan sanak saudara. Maksudnya apa? Jodoh di tangan Allah, even kita tak couple pun ... insya Allah jodoh akan datang juga.
Ingat. Orang kahwinpun, boleh cerai, orang bertunang boleh putus. Inikan pula orang couple. Nampak sangat murah harga dirinya. Boleh test, kalau tak puas hati boleh tukar. Macam passing bola.
Apa yang perlu saudari bezakan ialah berkenalan dan couple. Berkenalan secara biasa memang DIHARUSKAN dalam islam. Berkenalan itu maksudnya bertemu atas tujuan umum dan bukan urusan hati atau peribadi. Manakala hubungan COUPLE memang dilarang. Maknanya apa? Kalau nak pilih jodoh, tengok asas-asas agamanya secara umum sahaja. Bukan berkenalan sampai masuk hal yang terlalu peribadi. Sebab manusia boleh berlakon, boleh berubah dan selepas kenal 5 tahun kita tidak tahu apa akan jadi terhadap pasangan kita. Even kita couple lama2, kita tidak akan kenal seseorang itu 100%. Jika kita kenal dia pun, orang itu masih berkemungkinan boleh berubah selepas duduk lama dengan kita.
Sebab itu, kenal ala kadar. JANGAN couple. Lebih penting untuk cari jodoh ialah dengan minta kepada ALLAH melalui istikharah dan berdoa. Hanya Allah Maha Mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.
Memang lelaki sikit, LELAKI yang baik lagi sikit. Kebanyakan lelaki yang ada mengalami PENYAKIT SOSIAL. Perempuan ramai, tapi ramai yang tak jaga maruah. Sebab itu, Allah akan sediakan wanita bermaruah untuk ditemukan dengan lelaki bermaruah. Dan jalannya bukan dengan couple. Jalannya mungkin ditemukan dengan merisik secara umum, disusuli dengan doa dan istikharah. Insya allah... jalan yang baik akan berakhir dengan kebaikan.
Jangan risau soal jadi anak dara tua dan sebagainya. Allah tidak akan berikan kita seorang suami jika dia tahu kita tidak bersedia menjadi seorang isteri. Persiapkan diri dengan agama, bina jatidiri sebagai muslimah. Bila kita bersedia, Allah akan hantarkan seseorang untuk menemani perjalanan hidup kita. Insya allah!
Wassalam.
Ya allah dialah yang hujud di dalam istikharah ku.
Menitis air mata ini
# A,nur,A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan