Maksud sebenar " Lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal"
Baru baru ni aku ada terbaca post salah seorang blogger perempuan mengenai tajuk diatas. Dah abis baca, tapi still tak dapat jawapan mengenai lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal.
Kalau la benar lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, kenapa
Golongan perempuan di kebanyakkan IPT jauh lebih ramai daripada lelaki, sehinggakan menjadi 3/4 daripada penuntut di IPT? Adakah perempuan lebih bernafsu kerana nafsu 9nya terhadap buku2, lecture note sehinggakan bernafsu melihat pensyarah lelaki yang dah tua botak ditengah kepalanya ?Golongan lelaki lebih ramai di pusat serenti ? Adakah mereka lebih bijak dalam menjadi doktor kepada diri sendiri daripada perempuan kerana 9 akalnya ?Golongan lelaki lebih ramai menceburi bidang rempit daripada perempuan ? Adakah kerana 9 akalnya menyebabkan mereka terfikir mereka tak mampu nak mati shahid di palestin, lalu mereka mati 'shahid' di jalan yang tinggi [highway] ?
Anda rasa logik tak?
Namun ramai di antara kita yang masih kerap membuat tuduhan dan pendapat yang melulu. Dikatakan lelaki itu lebih menggunakan nafsu kerana lelaki adalah kaum pervert dan kaki rogol. Kalau nak ikutkan nisbah nafsu lelaki : perempuan adalah 1:9, tetapi kenapa pula dalam isu semasa lelaki tidak dapat mengawal 'satu' nafsunya?
Perempuan pula dituduh seorang yang bodoh dan 'jenis yang mudah' kerana mempunyai 1 akal. Hurmm
Member aku pena cakap "sebab tu la lelaki pandai kelentong dan perempuan pandai kena kelentong"
Walaupun ada benarnya member aku cakap, tapi aku tak rasa ia dari disebabkan "9akal lelaki dan 1akal perempuan"
Kalau nak diterjemahkan melalui google translator, ataupun direct translate, memang la menjadi 'lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 1 akal 9 nafsu. '
Hakikat sebenarnya, kalau ditafsir oleh imam Ghazali adalah
“Lelaki diciptakan Allah mempunyai 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah mempunyai 1 rasional 9 emosi”.
1. Kepimpinan. [Leadership]
Antara kelebihan 9 rasional yang Allah kurniakan kepada lelaki adalah kepimpinan yang lebih baik. Dalam membuat keputusan,lelaki lebih rasional, jarang mengikut kata hati dan perasaan seperti perempuan. Walaupun tekanan menghimpitnya, mereka masih lagi dapat berfikir secara rasional. Tak cepat emo, tu la sebabnya lelaki boleh jadi pemimpin yang baik.
Bayangkan kalau kuasa talak diberikan kepada perempuan, asal silap paham sikit terus nak emo2 mintak cerai. Kan talak still dikira walaupun dilafaz tanpa niat, yang tu bahayanya kalau perempuan diberi kuasa talak. Maunya tiap-tiap hari suami diceraikan oleh bininya.
Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”.
Sama dengan perkahwinan juga, kenapa mesti lelaki kena jadi wali, bukannya perempuan? Ini kerana lelaki lebih tegas dan lebih rasional dalam pemilihan menantunya. Lelaki lebih tengok kriteria menantunya dan kalau boleh nak yang betul2 berkualiti untuk menjadi suami anaknya.
Beza dengan perempuan, cube bayangkan anak perempuannya asyek menangis jer, merayu nak sangat2 dipekanankan oleh mat bangla karpet. Si ibu merasa sangat kesian dan simpati. Perempuan kan mudah tersentuh. Jadi dalam kes2 yang serius seperti ini sangat diperlukan untuk lelaki membuat keputusan yang rasional, dan tidak bersangkut dengan apa2 emosi. No hard feelings ok..
"Kenapa lelaki bila tengah fikir mesti kena diam eh?" tanya seorang perempuan
Kalau dari segi kepimpinan tadi, 9 emosi perempuan merupakan kelemahan bagi perempuan dan tidak boleh handle masalah sebaik lelaki. Namun begitu, 9 emosi ini la merupakan kekuatan bagi perempuan yang tidak ada pada lelaki, yang menjadikan mereka ibu dan isteri yang kuat. Malah lebih kuat daripada lelaki dari segi emosi dan empati.
"Lelaki kalau boleh mengandung dan beranak pun, hanya sekali dalam seumur hidup sahaja" ujar cikgu khadijah, guru biologi aku ketika sekolah
Pada waktu itu, aku langsung tak paham apa yang cekgu aku maksudkan itu. Sekali dalam seumur hidup? Bukan ke lelaki ni gagah dan kuat? Takkan tak tahan kot. Mana boleh. Lelaki kuat laa..
Jawapannya, Ya. Walaupun secara fizikal lelaki lebih kuat dari perempuan, namun dari segi emosi lelaki tak mampu nak menyamai perempuan.
Firman Allah : Lelaki adalah pelindung bagi perempuan, dan perempuan adalah pelindung bagi lelaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan